KUALA ROMPIN, PAHANG - "Weh memang gini ke (harga makanan) kedai ni? Ke laki aku makan ikan duyung?" demikian pertanyaan dari pengguna Twitter, Feyqa Maria, yang terkejut dengan resit makanan yang disimpan suaminya.
Berdasarkan gambar resit tersebut, suami Feyqa dikenakan caj RM100 bagi:
- Nasi Putih: RM4.00
- Nasi Putih: RM8.00
- Udang Sambal: RM36.00
- Udang Sambal: RM46.00
- Minuman: RM6.00
Namun menjadi persoalan mengapa resit yang ditulis tidak sama seperti yang ditunjukkan pada gambar hidangan yang mengandungi sayur kacang panjang dan sotong.
Menurut Feyqa, suaminya yang bertugas di luar kawasan dan baru pertama kali pergi ke Pahang, makan di warung biasa di tepi jalan sahaja dan kebiasaannya udang seperti itu dicaj dengan harga yang berpatutan, bukannya terus mencanak ke harga RM50.
Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tampil menjelaskan harga udang galah sememangnya mahal di kawasan.
Apa-apa pun, di masa akan datang, bertanyalah pada kakitangan kedai/restoran tentang harga makanan sebelum pesan dan makan bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku.
from The Reporter http://ift.tt/2yCZGAN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment