Home » , » Penunggang motosikal cedera dirempuh dan digilis kereta

Penunggang motosikal cedera dirempuh dan digilis kereta

shamsulazlan | 06:12 | 0 comments

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Malang tak berbau, seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika sedang mengisi minyak. 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Selasa lalu di sebuah stesen minyak di lokasi yang tidak dinyatakan, mangsa yang sedang mengisi tangki minyak motosikalnya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Proton Exora. 





Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh ke lantai menyebabkan pinggangnya digilis kereta tersebut dan hampir digilis tayar belakang kenderaan itu tetapi tidak jadi. 

Kakitangan stesen yang melihat kejadian itu, segera datang dan memeriksa keadaan mangsa yang terpaksa merangkak keluar dari bawah kereta tersebut. 


Berdasarkan gambar print screen yang dikongsi oleh netizen, seorang wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada mangsa, tampil menjelaskan kejadian itu.

"Pemandu lelaki (pakcik). Kejadian tiba-tiba, dia nak tekan brek, tertekan minyak. 

"Apa-apa pun, kes sudah selesai. Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik saya. Kita hanya merancangan, Allah yang menentukan. Amin. Adik beransur baik," katanya.



from The Reporter http://ift.tt/2kN061C
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger