Home » , » Iklan Dianggap Rasis, Syarikat Sabun Mohon Maaf

Iklan Dianggap Rasis, Syarikat Sabun Mohon Maaf

shamsulazlan | 07:06 | 0 comments

Berikutan isu iklan dalam talian yang didakwa berbaur perkauman hingga membangkitkan kemarahan netizen di media sosial, syarikat pengeluar produk kecantikan tersebut telah membuat pemohonan maaf dan menarik semula iklan yang dimuat naik ke laman Facebook.

Syarikat tersebut juga menjelaskan bahawa’ ia terlepas pandang kesan tersebut’ menerusi iklan yang menunjukkan empat imej wanita yang masing-masingnya berkulit putih dan hitam.

Iklan yang dimuat naik itu mempromosikan produk mandian dan menunjukkan seorang wanita berkulit hitam menanggalkan pakaiannya yang berwarna coklat dan kemudiannya imej tersebut ditukar kepada seorang wanita berkulit putih yang mengenakan baju berwarna krim selepas pakaian coklat ditanggalkan.

Syarikat berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Twitter yang berbunyi; “Satu imej yang dimuat naik kami di Facebook baru-baru ini terlepas kesan dalam mewakili wanita mengikut warna.

“Kami mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan,” jelas syarikat tersebut.

The post Iklan Dianggap Rasis, Syarikat Sabun Mohon Maaf appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hMhH55
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger