Yang menariknya lagi, 45 peratus populasi Iceland terdiri daripada mereka sama ada terlalu muda atau terlalu tua untuk mewakili negara tersebut dalam acara bola sepak. Manakala 55 peratus lagi, hampir separuh daripadanya adalah perempuan. Bayangkan, dengan jumlah bakat yang tidak seberapa, Iceland masih mampu berada pada ranking ke 22 dunia dalam acara bola sepak berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA.
Ya, doktor gigi. Ini mungkin mengarut bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi Dr. Heimir Hallgrimsson, seorang doktor gigi yang juga menjawat jawatan sebagai jurulatih kebangsaan pasukan Iceland. Selain itu, Hallgrimsson juga merupakan jurulatih pertama dari Iceland yang berjaya memiliki Lesen A dalam dunia kejurulatihan.
Apabila pasukan bimbingannya tidak terlibat dalam sebarang pertandingan atau latihan, Hallgrimsson boleh ditemui berada di klinik pergigiannya, yang menurutnya beroperasi seperti biasa agar beliau dapat melayan pesakit yang datang ataupun terlepas sesi rawatan dengannya.
Menariknya lagi mengenai jurulatih Iceland ini adalah beliau seorang yang sangat merendah diri. Ketika beliau menyertai skuad kebangsaan Iceland pada tahun 2011, tiada sesiapa pun yang menyokong skuad tersebut yang memperlihatkan mereka hanya mampu mencatatkan 4 kemenangan sahaja untuk 6 tahun sebelumnya.
Bagi mewujudkan hubungan antara skuad kebangsaan dengan peminat, beliau mewujudkan sebuah tradisi yang kekal sehingga hari ini iaitu bertemu dan berbincang dengan peminat di sebuah pub di Rekjavik sebelum turun ke padang. Hasilnya, mereka tidak pernah tewas di gelanggang sendiri dalam perlawanan kompetitif, mencatatkan 10 kemenangan dan 3 seri dalam masa 4 tahun.
3. TIADA PEMAIN BINTANG DALAM SKUAD KEBANGSAAN
Sudah menjadi kebiasaan semua negara untuk membariskan pemain terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakkan Piala Dunia, terutamanya untuk negara-negara di benua Eropah. Rata-rata pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan beraksi di empat liga utama di Eropah iaitu English Premiere League (EPL), La Liga, Serie A dan Bundesliga.
Tetapi tidak bagi Iceland, untuk skuad yang turun dua dalam perlawanan perlwanan terakhir pusingan kelayakkan menentang Turki dan Kososvo, hanya 3 orang daripada 23 orang pemain berpengalaman bermain di liga lebih kompetitif di Eropah. Kapten pasukan, Aron Saevarsson yang bermain di Liga Divisyen 2 England, Birkir Saevarsson di Liga Sweden dan bintang utama mereka, Gylfi Sigurdsson yang mewakili Everton di EPL. Ini membuktikan bahawa Iceland mencipta sejarah dengan kerja keras dan bakat, bukannya nama semata-mata.
Untuk rekod, pasukan Chile yang kebanyakkan dibarisi pemain beraksi di liga-liga Eropah misalnya Alexis Sanchez dan Claudio Bravo, beraksi di EPL. Begitu juga dengan Belanda yang memiliki Arjen Robben yang beraksi di Bundesliga dan Wijnaldum serta Virjil Van Dijk yang beraksi di EPL. Namun kedua-dua negara ini gagal layak ke Piala Dunia 2018.
4. JALANI LATIHAN DI DALAM DOM SECARA TERTUTUP KERANA CUACA
Iceland sesuai dengan namanya adalah sebuah negara yang berhawa dingin. Suhu panas secara puratanya hanya sekitar 10 hingga 13 darjah celcius sahaja. Dan yang paling penting, Iceland boleh dikatakan hampir bergelap setiap masa, misalnya pada bulan Disember, Iceland mengalami waktu malam selama 20 jam, sesuatu yang tidak ideal untuk bola sepak. Namun itu tidak pernah menghalang mereka daripada berlatih bermain bola sepak.
Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka telah berlatih di dalam dom sejak 15 tahun yang lalu. Persatuan Bolasepak Iceland (KSI) telah melabur wang yang banyak bagi membina 30 padang bola sepak yang sesuai dengan semua cuaca, 7 daripadanya adalah padang tertutup, dan hampir 150 buah padang kecil tiruan.
Tidak berhenti setakat itu juga, KSI turur mengambil jurulatih-jurulatih yang mempunyai kelayakkan daripada UEFA, untuk melatih bakat-bakat mereka sejak berumur dari 4 tahun. Untuk skuad yang berjaya mencipta kejutan di saingan Piala Eropah dan layak ke Piala Dunia ini, mereka sudah dilatih dengan jurulatih berkelayakkan UEFA sejak 10 ke 15 tahun dahulu lagi.
5. PERMAIN TIDAK MEMPUNYAI GAJI ATAU ELAUN
Hampir semua permain tidak mempunyak gaji tetap atau elaun, ini kerana di Iceland, mereka tidak mempunyai kelab bola sepak profesional, kelab-kelab yang bertanding dalam liga utama mereka adalah semi-pro.
6. NAMA SEMUA PEMAIN BERAKHIR DENGAN ”SON”
Pernah terfikir kenapa semua nama pemain Iceland berakhir dengan perkataan “Son”? Sebenarnya di Iceland, penduduknya tidak menggunakan nama ”surname” atau ”family name”, sebaliknya memilih nama anak mengikut tradisi Nordik, iaitu nama terakhir adalah berdasarkan nama pertama siayah atau siibu. Manakala perkataan ”Son” ditambah dihujung nama tersebut jika anaknya lelaki (son), bagi anak perempuan ditambah perkataan “Tir” iaitu ( dotir / daughter ).
7. LIGA TERPENDEK DI DUNIA
Iceland mempunyai liga bola sepak terpendek di dunia iaitu dari 20 Mei sehingga 30 September kerana musim sejuk yang amat ekstrem. Pada musim sejuk, Iceland hanya mendapat hampir 4 jam sahaja waktu siang, dan 20 jam adalah malam di mana suhu boleh mencecah -30 darjah Celcius.
8. PERNAH HUNI TANGGA 131 RANGKING FIFA
Walaupun kini menjadi bualan ramai dan ‘kuda hitam’ di Eropah, bola sepak negara ini pernah melalui detik suram dalam sukan ini di mana pada Mac 2012, rangking mereka adalah pada kedudukan 131 yang dikeluarkan FIFA.
Ini kerana ketika itu mereka menjadi pasukan lubuk mata atau belasahan kepada negara Skandinavia yang lain seperti Norway, Sweden, Denmark dan Finland.
Namun, apa yang menarik pada 21 Oktober tahun yang sama, rangking mereka naik kepada tangga 90 selepas menunjukkan peningkatan, dan kini kedudukan Rangking FIFA negara Iceland adalah 22 dunia.
0 comments:
Post a Comment