Dalam kejadian jam 2.20 petang kelmarin, Aziyana Sudin, 32, berkata, dia sememangnya sengaja membiarkan tingkap dapur rumahnya terbuka supaya bau masakan keluar melalui tingkap.
Namun ketika dia mahu menbasuh pinggan, terkejut apabila ternampak kelibat seorang lelaki lalu di belakangnya sambil menutup zip seluar yang pada awalnya dia menyangka lelaki itu mungkin baru saja membuang air kecil.
"Tidak lama kemudian, lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu. Namun terkejut apabia melihat dia sedang melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu.
Menurut Aziyana, dia baru berpindah ke taman perumahan itu sejak tiga minggu lalu dan sebelum ini pernah melihat lelaki itu di belakang rumahnya tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
"Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita-wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
from The Reporter http://ift.tt/2gOx8NG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment