Jika sebelum ini kami di Hangat.com telah berkongsi cerita mengenai pelakon utama Rosalinda, Thalia yang kelihatan muda walaupun umurnya sudah menginjak ke 46 tahun. Namun, ternyata wanita dari Indonesia ini telah mengalahkan beliau kerana percaya atau tidak beliau sebenarnya berumur 50 tahun.
Ramai Yang Tidak Percaya Beliau Berumur 50 tahun
Kali pertama kami melihat wanita yang dikenali sebagai Puspa Dewi ini barangkali mungkin berusia awal 20-an kerana perwatakan, wajah dan gayanya tak ubah seperti mereka yang berada dalam lingkungan umur ini. Ternyata sangkaan kami dan juga mereka yang melihatnya salah kerana Dewi kini sudah mencecah usia 50 tahun.Mengagumkan!
Ibu kepada 2 anak remaja yang kacak!
Persoalan netizen kepada beliau yang sering kali dilihat bergambar bersama dua orang remaja kacak ternyata terlerai kerana kedua-duanya sebenarnya adalah anak beliau.
Ramai yang menyangka bahawa mereka bersahabat dan tidak kurang juga yang membuat spekulasi remaja lelaki tersebut adalah teman lelakinya. Barangkali ramai yang menggelarkannya sebagai Hot Mummy.
Dewi Bongkar Rahsia Awet Muda
Cukup hanya mengamalkan pemakanan sihat, lakukan aktiviti kecergasan antara rahsia beliau untuk tampil bertenaga dan awet muda. Bukan sahaja diamalkan buat dirinya, malah ‘ilmu’ ini juga telah diterapkan kepada anak – anaknya.
Tidak hairanlah anak – anaknya juga berbadan sasa. Menjadi ibu yang cantik dan awet muda, anak – anak pula kacak dan berbadan sasa, sememangnya keluarga ini menjadi contoh terbaik untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Perfecto!
The post Percaya Atau Tidak Wanita Cantik Ini Berumur 50 Tahun appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hRrFC4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment