MALAYSIA Airlines menamakan Kapten Izham Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulannya (GCEO) yang baharu dan pengarah eksekutif selepas peletakan jawatan mengejut oleh Peter Bellew awal minggu ini.
Warga Ireland itu merupakan ketua pegawai eksekutif warga asing kedua yang menerima jawatan itu pada Ogos 2016 selepas warga Jerman Christoph Mueller meninggalkan Malaysia Airlines ke Emirates.
Izham yang kini meruakan ketua pegawai operasi syarikat penerbangan itu, akan menerima jawatan itu secara rasminya pada 1 Disember selepas Bellew menghabiskan cutinya untuk menyertai syarikat penerbangan tambang murah Eropah Ryanair.
Malaysia Airlines Berhad hari ini berkata, bagi memastikan pelancaran peralihan itu, Jawatankuasa Lembaga Pengarah akan berada di syarikat itu sehingga enam bulan, yang diketuai pengerusi Md Nor Yusof dan ahli lembaga pengarah Krishnan Tan Boon Seng, Zamzarmzairani Isa dan Sheranjiv Sammanathan.
“Pelantikan Kapten Izham adalah sebahagian daripada pelan penggantian yang dijalankan Malaysia Airlines sebagai sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS, yang disediakan untuk pembangunan dan penggantian bakat kepimpinan rakyat Malaysia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam ini.
Kapten Izham yang berpengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan, memulakan kerjayanya dengan syarikat itu sebagai juruterbang pada 1979.
“Beliau memecahkan rekod penerbangan apabila buat pertama kalinya menerbangkan pesawat Malaysia Airlines B777-200 ke arah timur dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali ke Seattle. Penerbangan itu mencatatkan rekod dunia untuk penerbangan paling panjang mengelilingi dunia bagi pesawat komersil, dengan jumlah jam penerbangan keseluruhan 41 jam 59 minit pada jarak 23,310 batu,” kata syarikat itu.
Juruterbang berpengalaman itu mula naik pangkat sejak bertahun lalu, termasuk sebagai pengajar juruterbang kanan, pengurus armada dan pengarah operasi. Sebelum memegang jawatan COO pada 2016, beliau pernah memegang jawatan sebagai CEO MASwings, syarikat Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.
Sebagai COO, beliau bertanggungjawab ke atas bahagian operasi, termasuk operasi penerbangan dan lapangan terbang dan juga kejuruteraan. Beliau mengetuai penstrukturan bahagian kejuruteraan untuk operasi yang lebih lancar dan efisyen, dan bertanggungjawab ke atas inisiatif penjimatan minyak syarikat penerbangan itu.
“Bagi pihak kumpulan Malaysia Airlines, Saya dengan berbesar hari mengalu-alukan kedatangan Kapten Izham ke jawtaan baharunya,” kata pengerusi Malaysia Airlines Berhad Md Nor dalam kenyataan.
“Saya amat berbangga kerana beliau merupakan bakat kelahiran tempatan dan saya yakin beliau mampu membawa syarikat penerbangan ini terus ke hadapan dan memastikan pelan yang dirancang tercapai.”
Pemilik Malaysia Airlines Berhad, Khazanah Nasional Berhad, melancarkan pelan pemulihan pada Ogos 2014 termasuk peruntukan bagi pengganti tempatan.
“Kita kini dalam tahun ketiga pelan pemulihan dan tiba masanya untuk kita melantik rakyat Malaysia untuk melihatnya tercapai,” kata Md Nor.
Dalam kenyataan itu, Kapten Izham berkata: “Menerajui syarikat penerbangan negara satu tanggungjawab besar. Saya dengan rendah dirinya bersedia untuk cabaran itu.
“Kita berada di landasan yang betul ke arah transformasi yang digariskan dalam pelan pemulihan itu, dan saya amat teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan MH untuk menjadikan syarikat penerbangan ini kebanggan negara,” katanya. – 20 Oktober, 2017.
The post Malaysia Airlines namakan Kapten Izham Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hSovOE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment