Kepada perempuan berkenaan, berubahlah segera. Jangan terus terjerumus ke dalam lembah maksiat sehingga suatu masa nanti kau menanggung derita dan dosa yang tidak terkira.
AKU ada cerita nak kongsi. Cerita tentang apa yang berlaku pada diri aku. Cerita panjang sebenarnya tetapi aku pendekkan.
Dulu aku pernah bercinta tetapi hubungan itu tidak lama. Selepas putus, kononnya aku nak 'forever alone'. Tetapi semakin lama aku rasa seperti menipu diri aku sendiri. Hidup aku sunyi, murung dan serabai.
Disebabkan aku dah berduit dan ada aset penting, aku ambil keputusan untuk mencari perempuan dan berkahwin secepat mungkin. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang wanita ini. Memang 'taste' aku di mana orangnya chuby, muka seperti Cina, tudung labuh dan nampak baik. Aku pun usha dan dia menerima aku untuk berkenalan dengan lebih rapat.
Keesokan harinya, aku berjumpa dengan ibu bapa dia, untuk meminta izin membawanya keluar berjalan-jalan. Aku siap bertanya awal-awal berapakah hantaran untuk berkahwin dengan anak mereka. Ibu dia kata wang hantaran sebanyak RM25,000. Wow! Tetapi aku okey saja, mungkin itu memang harga perempuan sekarang. Yelah, anak mereka berpelajaran tinggi.
Kitorang pun date seperti biasa. Hubungan kitorang memang cantik, tak ada bergaduh langsung. Tiga bulan lebih juga aku menjalinkan hubungan dengan dia. Sampailah 19 Oktober di mana malam itu adalah hari terakhir aku date dengan dia sebab dia dah nak balik ke UiTM Shah Alam, esok.
Disebabkan aku nak tahu sama ada dia betul ke nak setia dalam hubungan ini, aku ambil handphone dia dan minta dia buka password. Muka dia tiba-tiba berubah, dia rampas handphone dia dan lama juga aku menunggu, kemudian dia bagi handphone itu semula kepada aku.
Rupa-rupanya dia dah delete semua mesej WhatsApp dan off data internet. Aku pun tekan ON dan alangkah terkejutnya aku bila berderet-deret mesej masuk yang mana semuanya dari lelaki. Menggigil tangan aku pada masa itu.
Tak puas hati, aku hack WhatsApp dia dan install spy app di hanphone dia sebelum serahkan kembali kepada dia. Kami cepat-cepat makan dan aku terus hantar dia balik.
Sampai saja di rumah, aku terus hack handphone dia dan baca semua mesej-mesej dia. Bagai nak gugur jantung ini bila buka satu persatu mesej yang ada, semuanya mesej lucah.
Aku bersabar, aku tanya dia dengan baik. Dia beri alasan yang itu semua hanyalah kawan-kawan UiTM sahaja, siap bersumpah tuhan bagai. Tak apa, aku redha, manusia mana yang tak buat silap? Aku pun bukannya baik sangat. Mungkin kalau aku slow talk lagi, dia boleh berubah.
Malangnya dia langsung tidak berubah. Dalam empat hari itu, tiga kali dia bersumpah dan berjanji dengan aku. Petang selepas dia habis kelas, dia mesej dan cuba memujuk serta berjanji bagai. Tetapi malam itu juga dia boleh pergi beromen dengan jantan.
Ada satu hari itu, dia boleh berzina dengan tiga orang lelaki. Dia ingat aku dah tidur. Kalau tidur pun, aku rekod screen, pagi baru aku tengok semua. Selepas dia tahu aku hack handphone dia, dia akan delete semua mesej-mesej yang kotor.
Aku kongsi cerita ini pun bukan suka-suka nak memburukan dia, aku tak nak korang terkena seperti aku. Boleh gila bhai, nampak remeh jer. Yang tahu siapa dia, tak payahlah nak menyampai pada dia. Aku pun tak tunjuk muka dia.
Aku nak tanya, perempuan seperti ini layak ke untuk hantaran RM25,000??
Sumber: Khairul Shakir
from The Reporter http://ift.tt/2zFnvVv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment