Home » , » Jadikan kisah pelanggan sebagai modal, HKL nafi dakwaan ejen insurans yang tidak bertanggungjawab

Jadikan kisah pelanggan sebagai modal, HKL nafi dakwaan ejen insurans yang tidak bertanggungjawab

shamsulazlan | 07:03 | 0 comments

Sejak beberapa hari lalu, viral di media sosial penulisan seorang ejen insurans yang berang dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didakwa memberi layanan yang teruk kepada anak pelanggannya melecur akibat terkena air rebusan ketupat, lapor mStar Online.  

Menurut ejen berkenaan, anak pelanggannya melecur 75 dan telah dihantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, ejen berkenaan mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah unit rawatan kebakaran HKL yang disifatkan masih berada di takuk lamam. 

"Dressing scrap kulit untuk bagi kulit baru tumbuh dibuat hidup-hidup tanpa bius. Kau sanggup dengar anak kau menjerit meraung sementara kau tidak dibenarkan masuk (bilik rawatan). 

"Layanan mereka lebih teruk dari binatang kerana banyak binatang dilayan dengan begitu baik dan penuh kasih sayang," tulisnya dalam posting di Facebook. 

Wanita itu turut mendakwa bahawa doktor mendapati terdapat jangkitan terhadap pesakit kanak-kanak berkenaan yang telah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya dan dia terpaksa melalui prosedur baharu termasuk pelbagai proses lain yang dibuat selepas dibius. 

Dengan menjadikan kisah anak pelanggannya itu sebagai modal, ejen insurans terbabit dalam masa yang sama meminta orang ramai membuat persediaan dari segi insurans perubatan untuk kanak-kanak. 

"Kemanusiaan hari ini semua datang dengan duit. Persiapkan anak anda dengan insurans perubatan kalau anda faham segalanya boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau tak sanggup, serah anak kepada tangan-tangan kasar. Bayar insurans sikit, antara RM150 dan RM200 sebulan," tulisnya. 


Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain bagaimanapun menafikan dakwaan ejen berkenaan dan menjelaskan bahawa pesakit yang dimaksudkan adalah kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang hanya melecur 10 peratus dalam satu kejadian pada 21 September lalu. 

Jelas Dr. Zaininah, pesakit akan diberikan rawatan segera di bawah Unit Rawatan Kebakaran Institut Pediatrik dan turut dirujuk kepada disiplin-disiplin yang lain kerana rawatan kebakaran memerlukan pendekatan secara holistik dan multidisiplin untuk mengoptimumkan perawatan. 

"Pesakit telah diberikan rawatan sewajarnya iaitu cucian luka di wad mengikut rutin yang telah ditetapkan oleh pakar yang merawat termasuk pembersihan luka yang dijalankan di bilik pembedahan dengan pembiusan. 

"Selain itu, pesakit diberikan ubat tahan sakit secara berkala dengan ubat-ubatan yang bersesuaian di wad bagi memastikan pesakit selesa. Antibiotik juga diberikan untuk menghindarkan dan merawat jangkitan kuman," katanya. 

Walaupun mustahil untuk pesakit tidak berasa sakit mahupun trauma, Dr Zaininah memberitahu rawatan dan ubat tahan sakit mampu mengurangkan kesakitan tersebut.

Katanya, satu tarikh ditetapkan untuk pesakit menjalani ‘superficial skin grafting’, tetap waris memilih untuk discaj sebelum prosedur bagi pesakit mendapatkan rawatan susulan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kerana mahukan keselesaan terutama dari segi waktu lawatan. 

Mengikut protokol HKL, hanya ibu bapa atau penjaga dibenarkan melawat dan hanya ibu atau penjaga wanita sahaja yang dibenarkan menjaga pesakit di wad, malah ibu bapa juga tidak dibenarkan berada di bilik rawatan semasa prosedur dijalankan. 

“Protokol ini perlu mereka patuhi bagi memastikan persekitaran wad sentiasa bersih untuk mengurangkan jangkitan kuman kepada pesakit lain yang juga menerima rawatan kebakaran dan kelecuran di unit tersebut,” katanya.

Dr Zaininah turut menegaskan bahawa pesakit yang dikeluarkan dari hospital pada 12 Oktober lalu mengalami luka yang bersih dan bertambah pulih sebelum menyambung rawatan di pusat perubatan lain.

Sehubungan itu, beliau menafikan semua tuduhan pemilik laman Facebook berkenaan sehingga ia tular di media sosial.

“Kenyataan yang dilemparkan adalah tuduhan palsu dan telah mencemarkan imej Hospital Kuala Lumpur,” kata Dr Zaininah.

Sumber: mStar Online


from The Reporter http://ift.tt/2lasISw
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger