Home » , » Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat

Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat

shamsulazlan | 01:10 | 0 comments

Saya pernah belajar di pondok, seorang isteri kepada suami yang pernah menipu saya sebelum berkahwin dulu yang dirinya adalah duda.

Saya bukannya ingin meminta pendapat tetapi saya ingin semua berhati-hati dan berjaga-jaga dengan adik-adik perempuan kalian supaya jangan terperangkap dengan suami saya.

Saya baru sahaja mendapat tahu tentang suami saya yang kini kahwin lagi. Kiranya sekarang dia telah mempunyai 4 isteri. Tidak tercampur dengan beberapa skandal-skandal yang berada di luar sana. Tetapi, salah satu daripada empat isterinya telah diceraikan. Hari ini bercerai, esok akan tambah lagi satu. Dahsyatkan?

Kalau adik-adik perempuan kalian ada mengenal mana-mana lelaki, pastikan selidik betul-betul supaya tidak tertipu sepertimana saya sendiri. Suami saya ni, taklah kaya mana pun, korang jangan terpedaya. Rupanya, isteri pertama yang telah banyak membantu dia daripada segi kewangan.

Semasa saya mengenali suami saya, saya memang tahu yang dia mempunyai banyak hutang. Tapi biasalah, dia kata yang dia banyak hutang sebab orang selalu menipunya. Antaranya, isteri pertama yang buat hal sehingga menyebabkan dia bankrap.

Saya ingat perkara tersebut betul, rupanya dia sering mereka-rekakan cerita dan turut memburuk-burukkan isteri pertama, siap kata, dia telah menceraikannya sejak 4 tahun lalu.

Suami saya berasal dari utara, orang Kedah dan umurnya lingkungan awal 40 -an. Tak nampak tua tetapi muka awet muda sangat. Saya kahwin dengan dia kerana Allah dan ingatkan betullah jiwa raga dia terluka, sehingga saya ingin berikan semangat pada dia tetapi rupanya semuanya adalah perangkap semata-mata.

Saya baru sahaja dapat tahu tadi yang dia mempunyai isteri lagi satu. Saya tutup nama wanita tu, ada nampak sikit saja namanya ‘isa’. Isteri pertama namanya ‘mi’, saya tak mahu berikan nama penuh kerana seperti mengaibkan mereka.

Pekerja suami saya ada mengatakan yang perempuan yang bernama ‘isa’ itu, hanya mahukan duit saja tetapi dia termasuk ke dalam lubang sendiri. Dia ingat berkahwin dengan suami saya, dia akan dapat banyak duit. tetapi rupanya dia dijadikan kuli, kesian dia.

Menurut kata pekerja suami saya lagi, suami saya adalah seorang kaki pukul, perempuan tersebutlah yang sering dipukulnya, kesian. Saya tak tahu nak tolong macam mana dan saya sekarang sedang buntu serta dalam dilema.

Di sini saya serta beberapa gambar screenshot perbualan antara saya dan pekerja suami saya serta perbualan saya sendiri bersama suami.

Alhamdulillah, saya bersukur, selama saya berkahwin dengan suami saya, tidak sekali pun suami saya menjadikan saya kuli dan saya tidak pernah dipukul. Kedua-dua benda ni saya tidak pernah kena. Mungkin dia tidak berani, sebab dulu saya selalu berikan tazkirah pada dia. Mungkin kerana itulah dia menghormati saya, kot.

Pada masa sekarang, saya pula ingin menuntut cerai pada bulan 12 nanti selepas saya bersalin. Kepada semua wanita-wanita yang berada di luar sana, sila berhati-hati sebab dia masih mempunyai satu lagi kuota selepas bercerai dengan saya nanti.

Jangan sampai kena tipu dengan suami saya ni. Jangan ingat dia bawa kereta besar dia solat tak pernah tinggal, dia berikan nasihat yang baik-baik, kalian fikir dia lelaki yang sempurna? Kalian memang silap, suami saya ni memang pandai berpura-pura baik.

Suami saya orangnya tinggi, kurus sikit, ada lesung pipit, berkulit hitam manis, berusia 40 hingga 41 tahun dan berasal dari Kedah. Dia mempunyai bisnes sendiri kecil-kecilan, tetapi kadang-kadang dia juga suka menipu umurnya. Tolong cek kad pengenalannya jika ingin tahu umur sebenarnya.

Saya tidak mahu mendedahkan nama suami dan tak nak tunjukkan muka suami kerana saya risau nanti ada yang mengatakan saya membuka aib suami sendiri. tetapi saya dah berikan ciri-ciri suami saya, rupanya macamana, dia kerja apa, jadi berhati-hatilah.

Orang bisnes seperti suami saya bukannya semuanya baik dan nampak saja duit berkepul-kepul tetapi duit itu sebenarnya untuk dibayar hutang.

Satu lagi, saya bukannya berkahwin di Thailand ya. Mungkin ada salah saya juga macamana saya boleh kena tipu, rupanya dia suami orang. Lagipun saya tinggal dengan mak saya. Mak saya buta huruf dan tidak tahu membaca. Semasa nak kahwin, saya serahkan bulat-bulat pada suami kerana pada masa tu saya hanya fokus pada mengaji dan mungkin saya ada buat kesilapan juga.

Yang bestnya, keluarga suami saya ni kuat betul sembunyikan hal sebenar, tapi saya tak salahkan mak mertua saya. Saya sangat berharap selepas ini mak mertua dan kakak ipar saya itu diberikan kekuatan untuk jujur dengan semua bakal-bakal menantu. Jangan sembunyikan perkara yang sebenar, kesian, masih ada yang jadi mangsa lagi. Selepas ini tak tahulah siapa yang akan menjadi mangsa berikutnya.

Kita jangan terlalu sangat seronok, takut nanti terkena pada adik-adik perempuan kita sendiri. Perhatikan adik-adik perempuan kalian, ada tak yang berkahwin secara senyap-senyap. Kerana suami saya biasanya akan ajak perempuan-perempuan tu kahwin senyap-senyap. Nanti dijadikan kuli dan kena pukul, nasib koranglah ya.

Lagi satu ciri-ciri suami saya, dia suka buruk-burukkan isteri dia. Saya ni kahwin dengan dia punyalah ikhlas. Ingatkan nak berikan semangat pada dia, nak jadi penawar walaupun saya tahu dia banyak hutang keliling pinggang. Ingat nak hidup susah senang bersama, rupanya dia seorang penipu. Saya yang sedang mengandungkan anak dia ditinggal-tinggalkannya.

Wahai suamiku, berubahlah, dapat penyakit nanti kalau mengadakan hubungan dengan ramai perempuan. Beristeri empat pun tak cukup. Nak adakan skandal lagi, tak faham betul. Sekurang-kurangnya kasihanilah saya. Allah itu mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Cepat sangat terbongkar.

Isteri-isteri dia yang lain masih lagi tidak tahu tentang hal ini, saya seorang saja yang tahu segalanya, berkat selawat, Alhamdulillah.

Saya ingin kongsikan satu tips dengan kalian. Amalkan selawat ke atas Nabi setiap hari sebanyak mungkin. Berniat semoga dengan berkat selawat, Allah hindarkan kita dari segala fitnah-fitnah dunia. In sha Allah, sekejap saja Allah tunjukkan apa yang orang buat jahat di belakang kita. Lebih-lebih lagi kejahatan suami sendiri. Sekian.

The post Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2icwMRb
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger