Sebelum menemui jodoh anda, anda akan bertemu dengan ramai orang, ada yang benar-benar jujur terhadap anda dan menyayangi anda setulus hati, tetapi akhirnya pergi meninggalkan anda, bukan kerana berlaku curang, namun meninggalkan anda menemui Illahi.
Ada pula nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang sangat anda cintai, tetapi akhirnya dilukai. Tetapi jangan terlalu cepat mengalah, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Setiap yang pergi pasti digantikan dengan orang yang lebih baik. Itu janji Allah s.w.t.
Sebenarnya, jika difikirkan sejenak, mengapa hubungan anda dengan pasangan tidak menjadi walaupun sudah berusaha sebaiknya untuk mempertahankan cinta anda berdua? Pasti ada sebabnya bukan?
Mungkin anda pernah mendengar, jika seseorang itu meninggalkan anda, pasti dia bukan jodoh yang baik buat anda. Ada sesetngah orang tidak menerima perpisahan dengan hati yang redha dan menyalahkan Allah s.w.t diatas perpisahan tersebut. Tetapi sebenarnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan pasti anda akan bersyukur pada akhirnya.
Pernah juga ada orang mengatakan bahawa, jika anda mahu disayangi dan tidak mahu dikhianati, maka anda juga perlu belajar untuk tulus dan jujur dalam sesebuah hubungan. Kadang kala kita hanya memerlukan ketulusan dan kesetiaan pasangan, namun kita pula yang berlaku curang.
Jodoh anda mencerminkan diri anda. Jika mahukan pasangan yang benar-benar jujur, anda juga harus berlaku jujur. Jika berlaku perpisahan, jangan pula cepat melatah, mungkin pasangan anda bukanlah yang terbaik buat anda. Jangan pula serik dalam mencari cinta ya!
The post Allah S.W.T Pisahkan Anda Dengan Pasangan Kerana Dia Bukan Jodoh Terbaik Buat Anda appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2yjrBpG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment