Apa nak jadi dengan dunia artis sekarang ya, makin menjadi-jadi pula masalah disiplin artis tanah air kita. Jika hari itu tular di media sosial berkenaan video Bigo live seorang pelakon baru Natasha Elyzza berjoget berahi, sekarang timbul isu lain pula.
Kecoh di laman sosial mengenai dua pelakon wanita iaitu Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaina Zainal Abidin, 20, dan Natasha Elyzza Rohishim, 21, yang didakwa ditahan polis kerana memiliki ganja.
Menerusi laporan polis yang tersebar di laman sosial, Mimi dan Natasha turut ditangkap bersama seorang lagi rakannnya.
Menurut laporan polis tersebut, pihak polis telah menjumpai beg kertas bertulis ‘pedro’ mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja (66 gram) di dalam almari baju.
Pemeriksaan di ruang tamu telah menjumpai paket plastik lutsinar berisi bahan disayki ganja seberat 2.19 gram.
Pelakon baru bernama Mimi Lana pernah membintangi banyak drama sebelum ini dan tidak pernah timbul gosip apa-apa melainkan isu ganja ini. Siapa sangka gadis manis ini memiliki ganja.
Mimi merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama ‘Ku Tinggal Cinta Di Okinawa’ serta ‘Dan Calonnya Adalah 2’ (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz).
Manakala Natasha pula pernah berlakon dalam drama ‘Generasi Dunia Baru’, ‘Duri Di Hati’, ‘Bila Hati Perempuan Menjerit’, ‘Projek Memikat Hati Suami’, ‘Isteri Separuh Masa’ dan ‘M.A.I.D’
Kenali Natasya Elyzza
Nama Penuh : Natasya Elyzza binti Rohishim
Tarikh Lahir :
Umur : 23 Tahun (2017)
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Keturunan : Melayu Campuran
Agama : Islam
Kerjaya : Pelakon
Filem : Kimchi Untuk Awak
Harap kes ini selesai dengan baik dan memberi pengajaran kepada artis-artis lain, agar tidak terjebak dengan masalah seperti ini.
The post Natasha Elyzaa Ditahan Polis Kerana Memiliki Ganja appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2x9E4Hf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment