INSIDEN pembunuhan kejam yang melibatkan seorang gadis berusia 15 tahun di Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia ini ternyata menggemparkan masyarakat.
Mangsa yang dikenali sebagai Eka Yuniarti dipercayai dirogol sebelum lubang kemaluannya ditusuk sebatang kayu panjang oleh seorang remaja lelaki.
Suspek utama, Muhammad Madinatul Huda, 17, yang juga merupakan teman rapat mangsa melakukan perlakuan kejam itu di dalam keadaannya yang positif alkohol.
Khabarnya, sebelum insiden ini berlaku, mangsa, Madinatul serta enam lagi suspek dipercayai dalam keadaan mabuk. Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam pada 25 September lalu.
Mengetahui ada pihak polis yang meronda di kawasan itu, mereka bertindak melarikan diri ke dalam sawah untuk bersembunyi. Ketika itu, mangsa diraba oleh suspek.
Mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak menumbuk dan memukulnya menggunakan batu bata. Suspek kemudian merogol mangsa.
Suspek turut memukul kepala mangsa dengan kayu sebelum mencekiknya sehingga meninggal dunia. Bukan itu sahaja, dalam keadaan tidak sedar, suspek kejam itu menusuk kemaluan mangsa dengan batang kayu.
Semasa siasatan dijalankan, Madinatul mengakui dia bertindak demikian untuk membalas dendam kerana sebelum ini mangsa ada mengejek rupa parasnya di hadapan kekasih remaja perempuan tersebut.
Mayat gadis itu dijumpai dengan keadaan yang menyedihkan. Kedua-dua mata dan mulutnya luka manakala bahagian wanitanya pula berdarad serta dalam keadaan separuh bogel.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat kes berkenaan dan sedang dalam proses soal siasat empat lagi individu yang terbabit dalam pesta arak itu.
The post Gadis Dirogol, Kemaluan Ditusuk Batang Kayu appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2fCPWer
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment