Home » , » Zuraida berharap Ismail kekalkannya sebagai Menteri walaupun dah lompat parti

Zuraida berharap Ismail kekalkannya sebagai Menteri walaupun dah lompat parti

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments

Foto Zuraida | The Star


Walaupun tahu, tindakannya melompat parti akan menyebabkan dirinya kehilangan kedudukan sebagai menteri, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, masih berharap Perdana Menteri Ismail Sabri akan mengekalkannya statusnya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 


Zuraida berkata, dia akan berjumpa dengan Ismail dalam masa terdekat dan berharap jawatannya di kementerian itu boleh dikekalkan agar segala program dan perancangannya dalam kementerian itu dapat disempurnakan. 


"Perdana Menteri sudah umumkan, satu dunia sudah tahu (akan adakan perjumpaan). Saya mengharapkan berita baik. Ya, kekal jawatan itu (menteri). 


"Untuk habiskan program atau perancangan yang saya mulakan dan untuk stabilkan negara," katanya. 


Sebelum ini, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menegaskan kerusi yang dipegang oleh Zuraida itu adalah kuota Bersatu. 


"Zuraida duduk situ sebagai menteri atas kuota Bersatu, sejak dari dahulu lagi," kata Muhyiddin. 


26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keluar dari Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana tertarik dengan enam prinsip teras PBM. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/oL1fFBk
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger