Home » , » 'Sorakan penonton buat pemain Harimau Malaya hilang fokus, antara faktor kekalahan' - Menteri

'Sorakan penonton buat pemain Harimau Malaya hilang fokus, antara faktor kekalahan' - Menteri

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Kekalahan skuad Harimau Malaya menentang Bahrain pada perlawanan lalu menyebabkan ramai yang menuding jari pada penjaga gol negara, Farizal Marlias. 


Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu tampil mempertahankan Farizal dan mengatakan sorakan 63,000 penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu juga menjadi faktor pemain negara hilang fokus. 


"Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak. 


"Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol. 


"Jadi kalau hendak kata kekalahan disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain. 


"Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit," katanya. 


Mengulas mengenai Farizal, beliau berkata, jasa penjaga gol negara itu perlu diambil kira kerana sudah pasti pemain berkenaan mendedikasikan hidupnya kepada sukan dan pasti tidak mahu gagal dalam perlawanan. 


"Pada saya, sudah banyak jasa Farizal sebagai penjaga gol negara. Kesilapan yang berlaku dan seharusnya kita lebih belajar, bukannya menuding jari hingga dapat merosakkan beliau sebagai atlet," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/38iOqTh
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger