Home » , » Tak puas hati kena saman, pemandu jengkaut rempuh kereta JPJ sampai terbalik

Tak puas hati kena saman, pemandu jengkaut rempuh kereta JPJ sampai terbalik

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Tak puas hati disaman kerana tidak memiliki lesen memandu kelas F, seorang pemandu jengkaut bertindak merempuh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga remuk dan terbalik. 


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Kepayan, Kampung Magatang semalam dan video kejadian itu turut tular di media sosial. 


Suspek berusia 60 tahun telah ditahan atas dakwaan menggunakan kekerasan dalam menghalang penjawat awam menjalankan tugas, setelah pihak polis menerima laporan pada jam 6.32 petang. 


"Siasatan awal mendapati, ketika menjalankan operasi harian, salah seorang anggota JPJ cawangan Keningau menahan dan membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berat jenis backhoe yang mencurigakan. 


"Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Ketika saman hendak dikeluarkan, pemandu terbabit tidak berpuas hati dan marah dengan bertindak melanggar kenderaan JPJ yang dinaiki oleh petugas sehingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan berkenaan," katanya. 



Ekoran itu, suspek telah ditahan dan jenteranya turut dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/JrxwBVo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger