Home » , » 'Siapalah yang buat prosedur nikah ni, jumpa kat akhirat nanti ya' - Lelaki pertikai prosedur nikah di Malaysia

'Siapalah yang buat prosedur nikah ni, jumpa kat akhirat nanti ya' - Lelaki pertikai prosedur nikah di Malaysia

shamsulazlan | 04:22 | 0 comments



Tular di media sosial seorang pengguna Twitter mempertikaikan prosedur wajib untuk bernikah termasuk menjalani ujian HIV di Malaysia yang dianggapnya sebagai menyusahkan pasangan untuk mendirikan rumah tangga. 


Lebih teruk lagi, lelaki berkenaan melemparkan kata-kata 'jumpa di akhirat nanti' kepada pihak yang menggenakan syarat tersebut. Ciapan itu menerima banyak reaksi dari netizen sejak dimuat naik 5 Jun lalu, antaranya: 




"Serba-serbi menyusahkan. (Nak) sign ketua kampung la, sign AJK la, cop imam, sign bekas guru besar sekolah rendah punya bini, cop paw oyen kawasan perumahan lah, belum lagi kursus apa bagai," kata NostraDaus. 


"Paling benci yang after nikah punya prosedur. Sijil nikah slow nak siap. Lepas tu nak kena buat kad nikah, kena ambil sijil nikah kat jabatan kadi, hantar pula permohonan kat Jabatan Agama Islam. Bodohnya la sistem, menyusahkan," kata Miera Hassan. 


"Betul, punyalah banyak prosedur nak kahwin. Pergi kursus kahwin lepas tu kena lulus test. Lepas tu masing-masing kena minta approval kat negeri masing-masing. Ada tu ambil few weeks baru approve. Kena tengok tarikh bila tok kadi available. Lepas tu parents kita pun satu nak buat besar-besar," kata Miss nSHI. 


Bagaimanapun ada netizen yang membidas tweet tersebut dan menegaskan prosedur yang dikenakan itu bukan bertujuan menyusahkan pasangan yang mahu bernikah, tetapi untuk memudahkan urusan di masa hadapan. 




"Nak register, kursus kahwin, kena test HIV bagai itu memang diakui agak rumit dan leceh. Tetapi untuk jangka masa panjang, senang nak tentukan nasab keturunan, status perkahwinan dan pembahagian harta nanti," jelas Aizuddin. 


"Apa yang susah sebenarnya?  Tak adalah susah pun, dokumentasi itu biasalah nak menjaga kepentingan pasangan itu juga. Jadi, di masa hadapan jika ada masalah, senang nak rujuk. Ujian HIV itu memang patut sangat dibuat," kata Che Din. 


Dalam pada itu juga, netizen tidak menolak kemungkinan pencetus tweet kontroversi itu jenis lelaki yang suka 'disuap' dan tidak boleh melakukan benda yang perlu mengikut prosedur. 




"Aku tengok muka kau ni jenis semua benda kena suap masuk mulut, tak boleh buat benda susah sikit. Kalau kau dah ada plan dan prepare awal-awal, senang je. Aduh, kalut la kau ni. Dahlah, stop main Twitter, pergi membaca sana," kata Copy Done. 


Majoriti netizen mengatakan prosedur yang dikenakan itu tidak rumit seperti yang didakwa. Apa yang penting, pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga perlulah menyiapkan segala dokumen yang diperlukan. Jika hal remeh seperti ini sudah merungut, mengadu domba di media sosial, petanda si perungut belum bersedia menghadapi cabaran berumah tangga. 


Sumber: Twitter Harris Zainul



from The Reporter https://ift.tt/5YpM6xD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger