Foto Hiasan |
Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana didakwa merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, dalam kejadian terbaru Khamis lalu, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Kota Bharu dirogol suspek di dalam biliknya.
"Kejadian jam 12 tengah malam, mangsa didatangi suspek di bilik tidurnya sebelum dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Remaja itu menceritakan dia sudah menjadi mangsa rogol ayah kandungnya sejak berusia 12 tahun lagi," katanya.
Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan lama yang mungkin disebabkan tusukan objek tumpul.
Bertindak di atas laporan mangsa, polis telah menahan suspek di rumahnya pada jam 3 petang Ahad, 12 Jun 2022. Polis turut menerima laporan dari isteri suspek yang mendakwa dia dicederakan suaminya.
Semakan mendapati, suspek yang merupakan penganggur mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah. Tetapi ketika ditahan, keputusan ujian saringan mendapati keputusanya negatif.
Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sebaik selesai, akan ditahan semula untuk siasatan bersangkut kes sumbang mahram.
Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan sebatan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/aSI6PtL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment