Home » , » Tukang rumah ditahan kerana disyaki merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu

Tukang rumah ditahan kerana disyaki merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu

shamsulazlan | 06:22 | 0 comments

Foto Hiasan | The Star

Polis menahan seorang tukang rumah berusia 39 tahun yang disyaki merogol anak kandungnya berusia 14 tahun sejak empat tahun lalu.


Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan dari pelajar tingkatan dua itu dengan gurunya pada jam 11.55 pagi semalam.


Menurut laporan itu, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sejak dia berusia 11 tahun dan kali terakhir dia dirogol suspek adalah pada jam 2 pagi semalam, di rumah mereka. Mangsa tinggal bersama dengan suspek dan ibu tirinya, serta empat saudara tiri.


Bertindak atas laporan itu, pasukan siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah segera ke lokasi kejadian. 


"Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.


"Kejadian terbaharu pada jam 2 pagi semalam yang mana suspek memasuki bilik mangsa dan merogolnya," katanya.


Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. 


Polis menahan suspek pada jam 6.30 petang Selasa di perkarangan wad kecemasan Hospital Tanah Merah. Semakan awal mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 


Suspek juga mengaku telah merogol mangsa sebanyak tiga kali. 


Suspek direman seminggu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3IpvThd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger