Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar, mengambil maklumat mengenai insiden sebuah restoran di Melaka yang dilaporkan bersikap biadap terhadap pelanggannya.
BACA: ‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ - Viral peniaga Restoran 35, maki pelanggan di Melaka
Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menerima sebarang laporan termasuk dari pelanggan. KPDNHEP Melaka hanya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima aduan berhubung harga makanan yang dikenakan terlalu mahal atau pelanggan merasakan dirinya telah ditipu.
"Setakat ini tiada laporan, hanya tular di media sosial saja. Kalau individu berkenaan mengatakan dalam video hendak lapor kepada KPDNHEP, maka ia sudah dianggap sebagai aduan.
"Jika orang ramai mahu memboikot restoran tersebut, itu hak pengguna dan kita tidak ada masalah," katanya.
Terdahulu tular dakwaan pelanggan mengenai Restoran 35 di Banda Hilir yang dikatakan biadap terhadap pelanggan. Namun, anak pemilik restoran tampil menafikan dan menjelaskan ibunya sememangnya berperangai seperti itu dan pelanggan tetap sudah biasa dengan bebelannya.
Mereka juga mendakwa pelanggan terbabit sengaja menularkan dakwaan tidak berasas itu dengan tujuan mencari publisiti dan memburukkan imej restoran yang telah diusahakan sejak 30 tahun lalu.
BACA: 'Yang kau tengking, herdik tu keluarga aku, bukan anak-beranak kau tau'
Tetapi pelanggan berkenaan membidasnya dan menegaskan dakwaannya itu bukan fitnah, sebaliknya perkara sebenar berlaku dan ramai lagi pelanggan lain turut meluahkan perkara yang sama termasuk maklumbalas di Google Reviews.
"Sorry, saya tak batak femas nak marketing bagai. Kena kat mak bapak kau, apa kau buat? Diam je, biarlah dorang tengking mak kau macam tu?" katanya.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/AX9zmPQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment