Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis di Kota Palembang, Indonesia dan mengaku sudah 15 kali melakukan jenayah rompakan.
M Iqbal Saputra, sering melakukan rompakan bersama dengan rakan-rakannya dan kali terakhir melakukan jenayah itu, dia 'dihadiahkan' dua das tembakan di kedua kakinya.
Iqbal mengaku, "Saya merompak untuk isteri dan anak pak. Satu isteri sah, dua isteri siri (yang tidak didaftarkan), dan dua anak," katanya ketika ditahan polis, Khamis lalu, 9 Jun 2022.
Setiap kali melakukan rompakan, Iqbal dan enam rakan subahatnya akan membawa senjata tajam dan Iqbal diberi tanggungjawab untuk menjadi 'pilot'.
"Saya pilot. Cara kami merompak, kami cari sasarannya lalu didekati dan dicabut kunci motosikal mangsa. Kebiasaannya mangsa kami adalah golongan ibu, anak muda dan warga emas," katanya.
Dari setiap aktiviti jenayah itu, Iqbal berupaya meraih 'pendapatan haram' itu sebanyak 500,000 rupiah (RM500). Sementara itu, motosikal yang diambil dari mangsa pula akan dijual oleh rakannya.
Ketua Polis Ilir Barat 1, Roy A Tambunan berkata, kesemua suspek selalu melakukan rompakan di sekitar kawasan Palembang. Pihaknya juga telah menahan dua suspek lain, dan tiga lagi rakan suspek masih giat dikesan polis.
Dalam kes terkahir, Iqbal dan rakan suhabatnya melakukan rompakan terhadap sepasang kekasih yang sedang menaiki motosikal. Mereka telah merampas segala harta benda, termasuk motosikal.
Iqbal sempat ditangkap, tetapi berjaya meloloskan diri dan bersembunyi di rumah penduduk bagi mengelakkan ditahan. Dia turut mengancam penduduk rumah tersebut untuk tidak mendedahkan keberadaannya.
Ketika mahu keluar dari rumah untuk melarikan diri, polis sempat melepaskan tembakan amaran. Namun Iqbal tidak mengendahkan menyebabkan polis terpaksa menembak kakinya. Dalam keadaan yang cedera, Iqbal masih gigih melarikan diri dan sekali lagi polis melepaskan tembakan mengenai betis kaki kanannya.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/MXHynCT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment