Home » , » Remaja maut selepas lompat depan lori yang sedang bergerak laju, ketika melakukan "Challenge Malaikat Maut'

Remaja maut selepas lompat depan lori yang sedang bergerak laju, ketika melakukan "Challenge Malaikat Maut'

shamsulazlan | 21:28 | 0 comments



Kegilaan melakukan cabaran berbahaya di media sosial seperti melompat di hadapan lori yang sedang bergerak laju, boleh menyebabkan pelakunya hilang nyawa. 


Aktiviti berbahaya itu dikenali sebagai 'Cabaran Malaikat Maut' dilaporkan semakin hangat dilakukan golongan budak-budak baru nak up (BBNU) di negara Asia Tenggara, di mana pelakunya akan merakam video mereka sendiri di TikTok  ketika melakukan cabaran tidak berfaedah itu. 


Media melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut serta-merta dalam kejadian di Tangerang, Banten, Indonesia apabila dia dan dua rakannya melompat di hadapan sebuah lori dalam cubaan untuk menghentikan kenderaan berat itu. 


Rakan-rakannya berjaya mengelak walaupun mengalami sedikit kecederaan. Malangnya, mangsa dilanggar dan terperosok di bawah lori sebelum digilis sehingga mati. Pemandu lori berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan. 




Sementara itu di Bandung, seorang remaja berusia 14 tahun mengalami keretakan di tengkorak dan giginya hancur selepas dilanggar lori ketika cuba melakukan aksi yang sama bersama rakan-rakannya.


Polis kini sedang giat mengesan pemandu lori terbabit yang berkemungkinan telah melarikan diri kerana takut didakwa walaupun dia boleh mengelak dari pendakwaan sekiranya memberi kerjasama, tetapi akan didakwa atas pertuduhan langgar lari. 


Difahamkan, penduduk di sekitar telah membuat teguran dan cuba menghalang sekumpulan remaja itu dari mempertaruhkan nyawa mereka secara bodoh, tetapi teguran itu langsung tidak diendahkan. Sekumpulan remaja itu hanya akan berhenti melakukan cabaran itu sekiranya lori yang sedang bergerak laju sempat berhenti sebelum melanggar remaja yang melompat di hadapan kenderaan.. 


Di media sosial, netizen mengecam trend yang tidak mendatangkan faedah itu dan menggesa ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dari terlibat dengan trend bodoh yang memalukan kaum. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/b7fRMCH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger