Sepasang suami isteri di India memfailkan saman terhadap anak lelaki dan menantu mereka kerana tidak memberi mereka cucu selepas enam tahun berkahwin.
Sadhana dan Sanjeev Prasad yang tinggal di Haridwar, sebuah bandar di utara negeri Uttarakhand, memfailkan saman tersebut dengan menuntut 50 juta rupee (kira-kira RM2.8 juta) sebagai ganti rugi daripada anak lelaki mereka yang berusia 35 tahun dan isterinya, 31 tahun.
Dalam tuntutan itu, pasangan berkenaan mendakwa mereka telah membelanjakan kira-kira 20 juta rupee (RM1.1 juta) untuk membesarkan anak lelaki mereka yang merupakan anak tunggal.
"Mereka membesarkan dia, mendidik dia, menjadikan dia seorang yang berjaya, menjadikan dia sebagai juruterbang yang mana semua itu menelan perbelanjaan yang mahal," kata jurucakap pasangan berkenaan, Arvind Srivastava, pada Isnin lalu.
"Mereka (pasangan berkenaan) melihat orang di kawasan kejiranan mereka bermain dengan cucu mereka dan berasa seperti mereka juga sepatutnya mempunyai cucu.
"Pasangan itu berkata, anak dan menantunya tidak berkahwin agar mereka dapat hidup bersendirian. Jadi, mereka kata pada tahun depan sama ada mereka beri cucu atau beri pampasan.
"Pasangan itu semakin meningkat usia, tiada sesiapa yang akan menjaga mereka dan semua ibu bapa mengimpikan untuk menjadi datuk dan nenek suatu hari nanti".
Dalam tuntutan saman itu, pasangan Prasad juga membeli sebuah kereta untuk anak lelaki dan menantu mereka dan turut membiayai percutian berbulan madu mereka.
Walaupun tuntutan saman seperti ini jarang berlaku, topik kewajipan kekeluargaan ini telah lama menjadi kontroversi di India, di mana meneruskan keturunan keluarga dan menjaga ibu bapa serta mertua yang lebih tua sering dilihat sebagai tanggungjawab anak.
Ibu bapa juga boleh menuntut elaun bulanan daripada anak dewasa di bawah undang-undang persekutuan yang bertujuan untuk melindungi mereka dan warga emas yang mungkin tidak dapat menjaga diri.
Beberapa kes berkaitan telah menjadi tajuk utama di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti pertikaian keluarga mengenai elaun bulanan pada 2020 yang memuncak apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi memberitahu anak lelaki terbabit, "Jangan lupa, awak ada segala-galanya kerana ayah awak".
Sumber: CNN
from The Reporter https://ift.tt/lbCExaj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment