Bekas perdana menteri, Najib Razak berpendapat masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur boleh diselesaikan sekiranya kerajaan membnarkan 20 hingga 30 peratus pekerja bekerja dari rumah.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, kerajaan bukan sahaja boleh mengurangkan kesesakan, malah bole mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM30 bilion (2022) yang ditanggung kerajaan.
Ini kerana, pelaksanaan bekerja dari rumah dalam dua tahun ketika pandemik Covid-19 melanda negara, telah terbukti kaedah itu berkesan dengan 70 peratus kakitangan awam bekerja dari rumah.
"Ketika pandemik, ramai yang disuruh bekerja dari rumah dan ianya terbukti kaedah ini sesuai dengan pelbagai jenis pekerjaan.
"Jadi saya rasa ia tidak susah sekiranya majikan dan kerajaan hari ini menggalakkan dan membenarkan semula 20 hingga 30 peratus daripada jumlah pekerja untuk bekerja dari rumah.
"Dengan langkah ini masalah kesesakan trafik dapat diredaan dan kerajaan juga menjimatkan 20 hingga 30 peratus kos subsidi petrol dan diesel - penjimatan yang melebihi RM9 bilion bagi tahun ini.
"Pada masa yang sama, projek-projek pengangkutan awam yang ditangguh dan diperlambatkan kerajaan PH dahulu perlu dipercepatkan dan disiapkan secepat mungkin.," katanya.
Sumber: FB Najib
from The Reporter https://ift.tt/H6TSX3J
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment