Home » , » 'Saya yakin saya tidak bersalah' - Sharnaaz minta semua tunggu dia ceritakan hal sebenar

'Saya yakin saya tidak bersalah' - Sharnaaz minta semua tunggu dia ceritakan hal sebenar

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments

Foto Kosmo Online


Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, hari ini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini meminta orang ramai menunggu dia menjelaskan cerita sebenar berhubung kejadian yang menyebabkan dia ditahan polis. 


Terdahulu, media melaporkan Sharnaaz ditahan polis kerana menendang dan memukul 'Pak Guard' sehingga mengalami kecederaan dalam kejadian pada malam Khamis lalu. 


KRONOLOGI KEJADIAN


Pengadu (penghuni di kondominium berkenaan) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain, telah meminta rakannya membeli minyak masak. Namun, rakannya tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium tersebut. 


Hal itu menyebabkan berlaku pertengkaran di antara pengadu dengan pengawal keselamatan berkenaan. Ketika kejadian, Sharnaaz kebetulan ternampak lalu datang menegur mereka sebelum keadaan bertukar sebaliknya di mana pengadu mendakwa dia telah ditumbuk oleh Sharnaaz. 


'Jangan menghakimi saya terlalu awal'


"Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya. 


"Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang dikeluarkan hanya dari pihak sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya. 


"Jangan menghakimi saya terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat. 


"Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau, saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik. 


"Saya yakin saya tidak bersalah. Insya-Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan. Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah," katanya. 


Sementara itu, polis sedang menunggu arahan selanjutnya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk mendapatkan keputusan kesalahan apa yang akan dituduh di mahkamah ke atas Sharnaaz. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/qbJ67ho
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger