Home » , » 'Alhamdulillah video tepuk punggung dah viral, itu cara saya tayang kekayaan 'aset' selain duit' - Vida & Liana

'Alhamdulillah video tepuk punggung dah viral, itu cara saya tayang kekayaan 'aset' selain duit' - Vida & Liana

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments



Walaupun sedar dikecam teruk oleh netizen berhubung video tepuk punggung, usahawan Hasmiza Othman atau Vida, menafikan dia sengaja mencipta kontroversi sehingga dikatakan sanggup mencemarkan maruah golongan wanita. 


Bagi Hasmiza, itu adalah cara untuk dirinya menayangkan segala harta kekayaannya di media sosial, termasuklah punggungnya yang dikatakan 'cantik'. 


"Itu cara saya tayang kekayaan 'aset' selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga. 


"Terpulang orang punya penerimaan, tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna tak boleh tayang aset kita. Lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat. 


"Ada duit, tak guna kalau kendur sana sini. Saya bukan jahil tentang agama, tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya. Bergurau dengan rakan-rakan sahaja, bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun.


"Ada orang beri nasihat, saya teirma dan kita belajar bersama-sama kesilapan yang telah terjadi," katanya. 



Sementara itu, rakannya, Liana Rosli juga mengakui sengaja memuat naik video sedemikian semata-mata untuk menarik perhatian followersnya dan secara tidak langsung 'menaikkan' perniagaannya. 


"Alhamdulillah sebab dah viral. Setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya memang mengharapkan viral. 


"Bila viral, menandakan produk saya laku kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa yang saya jual. Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ini suatu yang positif untuk perniagaan saya," katanya. 


Dalam pada itu juga, Liana menyatakan dirinya tidak sempurna dan pasti akan ada melakukan kesilapan sekali-sekala, namun keutamaan buatnya adalah ibu serta keluarganya. 


"Ye la, takkanlah dalam hidup kita ni kita asyik nak buat benda jahat je kan. Bila soal keluarga, saya akan sentiasa utamakan. 


"Saya dan adik beradik sangat rapat dan kami akan sedaya upaya untuk bahgiakan mak saya. Contohnya hari tu dah beli rumah dan kali ini akan ada lagi surprise untuk mak," katanya. 


Sumber: Kosmo, Gempak



from The Reporter https://ift.tt/KTeaG6p
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger