Home » , » Jurutera rakam & bergelut dengan pegawai polis trafik direman 3 hari

Jurutera rakam & bergelut dengan pegawai polis trafik direman 3 hari

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Padah menghalang pegawai polis trafik dari menjalankan tugas, seorang jurutera ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan. 


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang di Jalan Tun Dr Awang kelmarin dan video kejadian itu turut tular di media sosial. 


Siasatan awal mendapati, anggota polis berkenaan terdahulu telah menahan kereta yang dipandu lelaki terbabit kerana didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu. 


Suspek tidak berpuas hati disaman dan turut membuat rakaman video walaupun anggota polis berkenaan memintanya tidak berbuat demikian. 


"Tindakan itu mendatangkan gusar kepada anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik terbabit ketika sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman. 


"Pegawai polis berkenaan cuba menahan suspek dan merampas telefon bimbit bagi tujuan siasatan. Namun lelaki itu melakukan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis terbabit sehingga berlaku pergelutan," katanya. 



Suspek direman sehingga 30 Jun ini di Lokap Berpusat Balai POlis Bayan Baru dan kes disiasat mengikut Seksyen 353, 186 dan 188 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/cAemJ3U
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger