Kebelakangan ini, isu mengenai pengubahsuaian rumah yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin banyak didedahkan di media sosial. Kediaman jenis pangsapuri dan kondominium, sebagai contoh antara rumah yang tidak boleh melakukan penambahan dari segi binaan.
Hasil makluman orang ramai dan juga kuasa viral, PBT mula turun ke lapangan untuk melakukan pemantauan, siasatan dan terus mengambil tindakan serta-merta terhadap pemilik kediaman yang didapati mengingkari larangan tersebut.
Di sebalik isu viral ini, ada pula individu yang tampil mengadu dengan keadaan jiran-jiran sekeliling membuat pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengadu juga tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti suapan atau rasuah yang menyebabkan pemilik rumah secara terang-terangan melakukan pengubahsuaian secara keterlaluan.
Menurut pengadu, pihak berwajib telah meluluskan pembinaan rumah dua tingkat di sebelah kediamannya tanpa mengambil kira ujian tanah awal yang dibuat sebelum itu. Pembinaan rumah tersebut bukan sahaja memberi kesan buruk kepada rumahnya di Taman Klang Jaya, malah jiran-jiran lain turut menerima tempias. Sedangkan mereka telah membayar cukai setiap tahun, tetapi keadaan rumah pula hanya menunggu masa untuk roboh disebabkan kerakusan pemilik rumah dua tingkat itu melakukan pengubahsuaian yang melampau.
@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral ♬ original sound - rakeshbathumalai
Berdasarkan video, hampir 90 peratus keadaan luar dan dalaman rumah mengalami keretakan di bahagian dinding dan termasuk di bahagian suis utama yang berisiko mengalami litar pintas pada bila-bila masa.
Pemukaan dinding yang retak telah ditandakan dengan cat merah oleh pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang datang ke rumah pengadu. Malangnya sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan dilakukan.
Selama 30 tahun menetap di rumah tersebut, pengadu mendakwa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah sehinggalah rumah jirannya diubahsuai menjadi dua tingkat menyebabkan rumahnya kini berdepan dengan pelbagai masalah. Aduan dan laporan telah dibuat, tetapi pihak berkenaan pula mengatakan kes tersebut telah 'selesai'.
"Tengok keadaan rumah, macam mana kita nak tinggal di sini? Apa bodoh ke korang (pihak berkenaan) ni? Cuba tengok, berapa lama kita nak tanggung hal ini? Kita dah lantik peguam, tetapi nak lawan berapa tahun nak tunggu selesai? Kalau nak tunggu, rumah pun dah roboh.
"Hancurlah rumah, dah retak. Takkan kita nak tinggalkan saja rumah dan biarkan saja roboh? Dengan siapa kita nak minta keadilan? Dah tujuh tahun macam ni. Apakah ini cara korang buat kerja, ini ke cara korang jaga rakyat? Kita bayar cukai tapi ini yang kita dapat.
"Selama 30 tahun kita duduk di sini tak pernah ada masalah. Selepas mereka (PBT) beri kelulusan kepada jiran untuk ubahsuai rumah, hancur rumah saya. Sebaliknya PBT kata kita pula yang salah buat rumah. Sedangkan rumah saya tak pernah alami sebarang masalah sebelum ini.
"Saya marah ni, saya ada hak nak marah. Rumah orang tua saya beli dengan penat lelah mereka, senang-senang mereka (PBT) beri kelulusan pada jiran sebelah ubahsuai rumah dua tingkat. Tak fikir apa yang akan terjadi pada rumah jiran lain.
"Tengok keretakan dari luar sampai ke dalam rumah. Bukan rumah saya seorang, rumah jiran-jiran yang lain turut menerima kesan. Saya yakin ini memang disebabkan PBT memberi kelulusan kepada jiran sebelah untuk ubahsuai rumah menyebabkan keretakan pada rumah kami," katanya.
Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan rumah pengadu dan menyeru pihak berkenaan tampil membantu pengadu dan jiran-jiran yang terjejas disebabkan pembinaan rumah dua tingkat itu.
Sumber: TikTok Rakesh Bathumalai
from The Reporter https://ift.tt/0MjdLXE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment