Ketua Pemuda UMNO gesa Putrajaya mempertimbangkan cadangan untuk kembalikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk penjawat awam ekoran kenaikan kos sara hidup.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebelum ini bekas perdana menteri Najib, pernah mengumumkan kenaikan satu KGT untuk penjawat awam yang sepatutnya berkuatkuasa setiap tahun bermula 1 Julai 2018.
Bagaimanapun, pemberian itu tidak dapat dilakukan kerana Putrajaya yang baru mengambil alih kerajaan pusat bertindak membatalkan pemberian tersebut.
"Dengan kenaikan kos sara hidup, harga barang yang mendadak dan penyelarasan gaji minimum, Pemuda UMNO akan mencadangkan agar kerajaan meneruskan kembali hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu untuk penjawat awam dalam Bajet 2023 akan datang.
“Satu lagi alternatif lain adalah dengan menaikkan imbuhan tetap atau elaun layak untuk penjawat awam termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) bagi kelayakan diploma ke bawah serta kelayakan ijazah ke atas,” tulisnya di Facebook pada Rabu.
Bagi memastikan perkara itu dapat direalisasikan, Pemuda UMNO katanya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Menteri Kewangan sebelum membawa cadangna itu kepada Perdana Menteri ismail Sabri.
"Insya-Allah jika BN kembali memerintah selepas PRU-15, politik stabil, ekonomi kembali pulih dengan pertumbuhan kembali memuncak dan keyakinan pelabur domestik serta asing untuk melabur secara pesar sebagaimana dahulu.
"Insya-Allah kenaikan gaji akan seiring dengan keupayaan negara dan keseimbangan kenaikan harga barangan," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/faECzwP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment