Pelawak Ali Puteh, 33, mengakui kehidupannya menjadi sukar dan tidak mendapat banyak tawaran kerja sejak tercetusnya kemelut di antara dia dan balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
"Sejak awal kes ini mendapat perhatian, memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
"Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Syukur segala kelengkapan masih mencukupi," katanya.
Jelas Ali, dia tertekan dengan situasi tersebut, namun terpaksa menguatkan diri demi meneruskan kehidupan dan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga serta menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dari Allah, untuk dia memperbaiki diri.
"Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Saya hanya katakan kepada isteri, percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.
"Saya tidak mahu salahkan sesiapa, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini," katanya.
Dalam pada itu, Ali menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Hidayah, sekali gus menyelesaikan permasalahan di antara mereka tanpa melibatkan pihak lain.
"Sebelum ini, ada satu stesen televisyen yang mahu temukan kami. Tetapi bagi saya, jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Tidak perlu dihebahkan atau diviralkan.
"Tidak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun.
"Dia (Hidayah) juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa syarat.
"Emak dah meninggal dunia, hanya tinggal ayah saya saja. Datanglah jumpa kami, dia perlukan tandatangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang, kenapa saya nak bertekak?" katanya.
Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali yang didakwa membuat kenyataan menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Februari 2022, mahkamah memutuskan Hidayah menang kes itu dan memerintah Ali membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber: mStar Online, Oh Bulan
from The Reporter https://ift.tt/si52Y89
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment