Home » , » ‘Satu call pun saya tak dapat cari pihak taska, pengetuanya pula yang emosi + rude’ - Ibu kesal, pihak taska cuai jaga anaknya sehingga dicakar budak lain

‘Satu call pun saya tak dapat cari pihak taska, pengetuanya pula yang emosi + rude’ - Ibu kesal, pihak taska cuai jaga anaknya sehingga dicakar budak lain

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments



Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan pihak taska yang didakwa cuai ketika menjaga anak lelakinya sehingga menyebabkan mangsa dicakar oleh kanak-kanak lain.


Menurut ibu mangsa, kejadian itu berlaku beberapa bulan lalu di sebuah taska yang dikatakan agak terkenal dan dia tidak dapat menerima kecuaian tersebut. 


Melalui tangkap layar mesej perbualan di Whatsapp, pengetua taska berkenaan mengatakan, ketika kejadian berlaku tidak ada guru yang berada di situ kerana ada yang sedang menyediakan susu dan menunaikan solat. 




"Kata principal taska tersebut, cikgu keluar buat susu dan cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi (biarlah) kena dengan situasinya. Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab based on WhatsApp cikgu tengah bagi kanak- kanak lain minum susu. Jadi, saya expect cikgu ada depan Aqasha, rupanya seorang cikgu pun tak ada dalam bilik,” luah wanita ini di Facebook.


Alasan yang diberikan oleh pengetua taska berkenaan tidak dapat diterima oleh pengadu. Pemeriksaan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati, anaknya ‘diserang’ oleh seorang kanak-kanak. Sikap agresif kanak-kanak berkenaan menyebabkan muka anaknya mengalami luka-luka kecil dan kesan lebam seperti digigit.



Selepas kejadian itu, pengadu juga tidak mendapat sebarang panggilan dari pihak taska untuk berjumpa atau berbincang mengenai insiden itu. Sebaliknya pengadu pula yang sentiasa bertanyakan hal itu. 


Pengadu juga menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa memeriksa latar belakang sesebuah premis taska sebelum menyerahkan amanah penjagaan anak kepada taska yang dipilih, bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.


Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan anak wanita itu dan menyelar kecuaian pihak taska dalam mengendalikan isu seperti ini.


Sumber: Lidiya Izam



from The Reporter https://ift.tt/kW73izI
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger