Home » , » Suami Isteri Cerita Kisah Seram Di Genting Highland – Kipas Terpasang Sendiri

Suami Isteri Cerita Kisah Seram Di Genting Highland – Kipas Terpasang Sendiri

shamsulazlan | 04:19 | 0 comments

Dengar sahaja Genting Highland, sesiapa yang pernah pergi dan menginap di hotelnya, pasti ada kenangan seram yang dialami. Tidak kisah bagaimana cara makhluk halus berkenaan menganggu anda, tapi pasti ianya akan diingati sampai bila-bila.

Banyak web-web atau portal-portal yang menulis tentang kes seram yang terjadi di hotel Genting Highland. Ramai yang percaya dan ada yang tidak percaya. Namun kita sebagai manusia berikhtiar dan bertawakkal bila menginap di mana-mana hotel atau tempat penginapan di destinasi yang kita tuju.

Di bawah ini cerita tentang pasang ayat Rukyah pada malam pertama dan terlupa pasang pada malam kedua, apa yang terjadi? Powernya Ayat Rukyah. Semoga bermanfaat.

Baru-baru ini (20-22 Ogos 2017) saya bersama suami pergi melancong ke Genting Highlands.. tak lama sangat setakat 3 hari 2 malam je. Kebetulan hari tu tengok laman web sebuah Resort, bilik dia tengah murah serendah RM40 satu malam apa lagi Encik Suami pun beli lah. Untuk makluman bilik yang dijual tak termasuk sarapan pagi ye. Maka kami pun beli siap-siap Maggie cup biskut, nescafe 3 in 1, keropok dan jajan-jajan. Habis satu luggage penuh dengan makanan sahaja. Kami ni datang dari Sabah. Kali terakhir melancong ke Genting sewaktu zaman muda-muda dulu masih ada outdoor theme park.

Cerita ni bukan pasal cerita seram tetapi ingin membuktikan betapa hebatnya surah rukyah itu.

Tiba Di Hotel

Kami tiba awal pagi di hotel tempat penginapan kami selama berada di situ. Kami early check in tambah la lagi RM5. Sesudah itu kami naik ke bilik. Kami menginap di Tower 2 Tingkat 24. No bilik 249*3. Alhamdulillah segala proses check in selesai dengan jayanya. Setelah sarapan dengan sandwich (buat sendiri) kami pun turun berjalan-jalan sekitar hotel. Malangnya timing tak baik, tak ada apa pun tempat best.Semua tengah renovation. Outdoor theme park dah takde, indoor theme park (bowling, snowalk,etc) pun dah tutup until further notice.

Maka kami pun berjalan-jalan ke Sky Avenue. Makanan-makanan yang dijual di situ sangat lah mahal. Kami dua orang makan kat restoran situ sekali makan Rm70 habis. Memang sangat mahal. Susah pula tu nak cari restoran halal ada pun Mamak kt Basement Terminal 2 kena jalan sikit dalam 500m dari Hotel. Kat restoran mamak sana tak ramai pelancong Cuma staff hotel sahaja.

Malam Pertama Dalam Hotel Rasa Tenang

Bercuti Di Genting Highland. Mlm Pertama Sblm Tidur Pasang Ayat Rukyah Tp Mlm Ke2 Terlupa. Apa Yg Jadi MEMERANJATKAN !!!

Malam pertama di bilik selesai solat isyak, kami istirehat sambil tengok tv. Walaupun bilik takde Air-cond tapi sejuk nya sangat menyucuk-cucuk badan. Dari kipas yang perlahan saya tutup terus. saya pasang surah rukyah di handphone. Alhamdulillah suasana bilik menjadi sangat tenang, sejuk yang mendamaikan, dan sunyi sepi yang sungguh menenangkan jiwa. Surah rukyah dipasang sehingga ke pagi.

Sungguh, takde langsung gangguan-gangguan jin, hantu, syaitan seperti yang di viralkan di media sosial. Sebelum nak menginap di Genting ni kami pun agak takut dan risau jugak kerana sebelum pergi kami dah banyak survey dulu blog-blog, forum-forum pasal Genting ni. Semuanya cerita pasal gangguan-gangguan makhluk halus termasuk bilik 14974 tu.

Malam Kedua Kipas On Sendiri

Masuk malam kedua, allahu,saya terlupa pasang surah rukyah. Selesai solat isyak, kami terus tertidur kerana esok pagi kami kena gerak balik sesudah subuh. Sebelum tidur, suami tutup kipas kerana tak tahan terlalu sejuk katanya. . Pada jam 1 pagi saya terbangun dan lihat kipas tengah berpusing. Saya ingatkan suami bangun on kipas tu. Saya biarkan sahaja.

Malam tu saya tak dapat tidur. Saya pusing kiri pusing kanan seolah-olah macam ada sesuatu tengah perhati kami tidur. Apabila saya tutup mata saya seolah-olah Nampak lembaga putih tengah berdiri perhati kami tapi apabila saya buka mata saya tak nampak. Saya baca ayat kursi dalam hati dan terus tutup mata tertidur. Keesokan pagi saya tanya suami jika dia ada on kipas tersebut dan suami kata dia tak on kipas dan dia ingat saya ada bangun on kipas tersebut. Lagi satu sebelum tidur semalam suami ada check door lock dan di tombol pintu tu ada tersangkut door knob menu warna hijau untuk “Please Clean the room”.

Bercuti Di Genting Highland. Mlm Pertama Sblm Tidur Pasang Ayat Rukyah Tp Mlm Ke2 Terlupa. Apa Yg Jadi MEMERANJATKAN !!!
Suami betulkan door knob menu tersebut kerana hampir terjatuh dan masuk tidur. Pagi tadi suami bangun dia lihat door knob menu tu kembali dalam kedudukan asal sebelum dia betulkan semalam. Dia berfikir positif, mungkin angin dari kipas tu. Selesai mandi, saya baru tersedar bahawa di paha sebelah kiri saya terdapat lebam warna hitam.

Kami berfikiran positif bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan hambanya. Alhamdulillah proses check out juga tidak ada masalah. Cuma pengalaman malam kedua itu membuatkan kami lebih berhati-hati jika ingin bermalam di hotel lagi. Memang benarlah dan tidak disangkal lagi kehebatan surah rukyah itu bahawa ia mampu menghalang segala gangguan yang tidak diingini.

Nasihat Kepada Ibu Bapa Yang Bawa Anak Kecil Ke Hotel

Nasihat saya, kepada keluarga yang ingin membawa anak kecil bermalam di hotel, baik download siap-siap surah rukyah dan pasang sewaktu di dalam bilik hotel. Insya allah anak kecil akan tidur dengan tenang tanpa ada gangguan. Mak saya pernah berpesan, pergi kemana-mana surah rukyah dan ayat kursi jangan dilupakan.

Beramal dengan ayat suci ini insya allah kita akan di elakkan dari gangguan-gangguan atau bencana buruk tetapi jika Ia hendak terjadi maka terjadilah. Kita Cuma berusaha dan tawakal.

Sedikit tambahan, baru-baru ini saya telah terlihat satu posting di facebook mengenai seorang gadis telah kemalangan sewaktu dalam perjalanan dari/ke (tak pasti) Genting Highlands. Berdasarkan pengalaman kami, turun naik Genting, tak ada apa-apa masalah mengenai pembuangan minyak di jalan raya.

Memang keadaan jalan berbukit, tapi keadaan jalan yang kering dan takde minyak. Sebaiknya, sewaktu melalui jalan-jalan seperti itu, kita harus lebih-berhati-hati, jangan la kita bawa kereta seperti Toretto drift sesuka hati kerana ia menganggu/ mengancam nyawa kita sendiri. Sepanjang perjalanan telah dipasang sign board mengenai gunakan gear rendah, laluan kecemasan, kawasan kemalangan dan sebagainya.

Patuhi la undang-undang di jalan raya demi keselamatan anda. Ingatlah orang yang tersayang.
Terima Kasih.

Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-quran, ini adalah salah satu sebab mengapa kita digalakkan sentiasa membawa Al-quran dimana sahaja kita berada. Bukan hanya untuk perlindungan diri, tetapi juga sebagai pendinding di sekeliling kita. Ayat-auat Allah s.w.t adalah senjata paling berguna bagi melawan makhluk halus.

Jangan pula hanya kerana anda takut anda baca Al-quran, seharusnya anda praktikkan dalam diri untuk menghafalnya.

Sumber: Ohtrending.com

 

The post Suami Isteri Cerita Kisah Seram Di Genting Highland – Kipas Terpasang Sendiri appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2waD3ON
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger