Home » , » 'Saya sanggup buang jantina kalau Barisan Nasional kalah' - Siti Amiza

'Saya sanggup buang jantina kalau Barisan Nasional kalah' - Siti Amiza

shamsulazlan | 01:11 | 0 comments

Ketaksuban seorang wanita terhadap parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dengan beraninya memgatakan dia sanggup membuang jantinanya sekiranya BN tewas di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. 

Lapor mStar Online, wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Siti Amiza Ratu Rapat itu dengan beraninya memuat naik status berkenaan mengejutkan netizen. 

"Saya sanggup buang jantina kalau BN kalah. Saya yakin BN menang. Jangan mimpi pembangkang dapat ganti tempat BN. Buang jantina jadi lelaki pun tak apa kalau BN kalah taruhan saya," katanya. 

Sebelum ini, Siti pernah dikecam hebat oleh netizen berikutan video viral yang menunjukkan dirinya berkata mahu 10 orang lelaki merogolnya kerana dia ingin merasai rasa dirogol. Namun, Siti memohon maaf setelah dikecam hebat di media sosial dan NGO datang 'menyerang' kediamannya. 

Bagaimanapun, Siti menjelaskan dia hanya sekadar bergurau sahaja dengan pengikutnya di laman sosial tersebut. 

"Memang saya akui saya tulis posting itu tetapi saya hanya melawak saja. Lagipun saya amat yakin BN akan menang sebab itu saya berani (muat naik status tersebut)," katanya yang juga mendedahkan dirinya merupakan penyokong tegar parti pemerintah itu. 

Menjelaskan tindakannya itu, Siti mengakui dia tidak gemar melihat terlalu banyak komen-komen negatif mengenai kerajaan di media sosial, antara punca dia memuat naik status berkenaan.

"Saya tengok banyak komen negatif mengenai kerajaan, jadi saya tak berapa suka sangat. Saya rasa posting itu tidak patut dijadikan isu kerana kita sebagai rakyat Malaysia bebas menyokong mana-mana parti. 

"Ini cara saya. Mereka kutuk kerajaan tak apa pula, tapi bila saya sokong BN, marah pula. Tak bestlah, bukan saya kutuk parti lain. Saya hanya mahu membuktikan saya penyokong kuat BN," katanya. 

Dalam kenyataan kepada mStar Online, Siti yakin BN akan kembali memerintah dan peluang kemenangan BN pada PRU14 adalah amat tinggi. 

"Saya tidak takut, saya memang tidak takut sebab amat yakin BN akan menang," katanya.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2EJUOJ7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger