Penggunaan nama kawan atau saudara mara sudah menjadi satu keperluan apabila seseorang itu tidak mempunyai keupayaan untuk membuat pinjaman bank atau namanya telah disenarai hitamkan. Tetapi ada juga yang menggunakan salinan kad pengenalan palsu bagi tujuan kepentingan diri sendiri.
Akibatnya, penama sebelum ini menanggung segala kesulitan. Oleh yang demikian, masyarakat dinasihati supaya berhati-hati ketika menjalankan proses jual beli dan pertukaran dokumen agar tidak tertipu dengan kegiatan ini.
Iftikhar mendakwa bapanya telah ditipu oleh seorang pembeli kereta bapanya pada tahun 1999. Berdasarkan salinan laporan polis yang telah dibuat, pembeli tersebut yang bernama Adam Adonis Bin Ahmad telah memberikan salinan kad pengenalan yang berlainan dengan nombor kad pengenalan yang diberi.
Semasa urusniaga pembelian kereta tersebut dijalankan, bapa kepada Iftikhar tidak membuat pertukaran nama kerana pinjaman sukar dibuat pada ketika itu.
Pada mulanya, bapanya tidak menerima panggilan dari pihak bank dan bapanya menyangka sudah pasti Encik Adam Adonis sudah membuat pembayaran bulanan kepada pihak bank. Setelah beberapa lama kemudian, bapanya menerima surat daripada seorang peguam yang menyatakan bayaran langsung tidak dijelaskan.
Bapanya telah mencari Encik Adam di tempat kerjanya dan mendapati Encik Adam sudah tidak bekerja di sana.
Iftikhar memuatnaik status ini di twitter meminta agar netizen dapat membantunya mencari penama tersebut. Dia juga baru mengetahui punca sebenarnya bapanya muflis dan susah.
“Nak minta kuasa viral. Aku baru tahu hari ni punca bapak aku bankrupt and susah selama ni. Even cerita ni dah berabad, aku harap dapat cari orang yang dah susah kan bapak aku ni. Mana tahu kereta masih ada. Nama Adam Adonis Bin Ahmad.
“Minta tolong sangat wahai detektif-detektif. Aku tak kisah kalau dia dah mati. Aku nak jumpa sesiapa waris dia, aku nak tuntut balik dari dia punca bapak aku kena blacklist. Bapak aku nak pergi haji seperti kawan-kawan dia pun susah kalau dah kena blacklist ni.
“Siapa rasa yang ini adalah nama bapak dia boleh contact saya, kita bincang elok-elok, awak tak salah tapi bapak awak yang salah," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2HRFkYT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment