Assalamualaikum. Seriously kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku dalam hidup aku. Memang sebelum ini ada kawan yang terkena histeria dan aku selalu tenangkan dan temankan diorang. Rasa seram sejuk itu ada tetapi aku fikir positif.
Okey, perkara ini berlaku sewaktu aku F2. Seingat aku masa itu pertengahan bulan Ogos, aku duduk di asrama dari F1. Masa F1 cuma dengar-dengar begitu sahaja. Dalam form aku itu ada F4 dan F2 sebab blok itu ada F4, F1, F2. Maklumlah dipanggil block tak exam. Block itu dah lama sejak 60an. Jadi boleh dikatakan block itu seram dan paling banyak mengalami kes histeria.
Okey, berbalik smeula kepada cerita. Masa itu senior aku yang F4 itu bawa telefon. Tetapi dua orang saja. Ala, biasalah orang ada pakwe ni kan, on the phonelah, chat lah. Masa diorang main phone jam 3 pagi itu, diorang terdengar pintu seperti kena tolak. Maksudnya pintu itu berkunci dan ada orang cuba menolak dari luar sebab nak masuk. Okey, bayangkan bunyinya macam mana.
Mula-mula diorang dengar seperti ditolak sekali saja. Jadi diorang ingat ada ornag main-mainlah kan. Selepas itu diorang sambung main phone dan terdengar lagi pintu ditolak dan kali ini beberapa kali pintu ditolak. Diorang pun rasa ada 'benda' lain sebab bila diorang tengok celah bawah pintu itu, tiada sesiapa, tiada bayangan. Siapa tak takut kan?
Masa itu aku tidur dengan senior aku, katil kitorang rapat dua, macam tu diorang kat sebelah je. Okey, sambung. Diorang dah rasa lain macam dan diorang terus melompat ke katil kitorang. Sebenarnya dia nak kejutkan senior aku itu, tetapi aku terbangun sekali.
Bunyi pintu ditolak beberapa kali masih berterusan. Selepas diorang tanya kitorang dengar tak, kitorang pun angguklah. Serius sangat seram sangat bunyi kejadian itu dan senior aku seorang ini jenis manusia yang ada perasaan ingin tahu. Jadi dia beranikan diri untuk buka pintu dan yeah! Tiada sesiapa pun di luar pintu.
Aku dah mula terketar-ketar. Aku takut gila kot?
Okey, selepas itu pintu pun ditutup. Diorang dah rasa okey dan kembali ke katil masing-masing. Tiba-tiba benda itu berbunyi lagi tetapi kali ini sangat kuat. Kitorang rasa dan dengar katil semua bergerak dan kitorang fikir semua bangun. Padahal waktu itu hanya kitorang berempat saja yang bangun. Yang lain semua tak bangun. Bayangkan, benda itu punyalah kuat tetapi tiada sesiapa yang bangun.
Okey, selepas itu senior aku yang bawa phone itu terus melompat ke katil kitorang. Benda itu berbunyi lagi dan diorang pun tidur di katil aku biarpun dalam keadan berhimpit. Aku menggeletar gila, banyak kali baca surah-surah yang aku ingat. Zikir jangan tanyalah, semua zikir yang aku ingat aku baca tka habis-habis.
Okey, bila dah tenang dan senior-senior aku dah tidur, panasnya usah cakaplah. Panas yop! Aku cuba nak tidur, tetapi tak dapat tidur. Waktu itu jam 3.30 pagi dan aku masih ingat lagi aku berjaga sampai keesokan harinya.
Memang macam-macam bunyi yang aku dengar. Kadang-kadang bunyi pintu itu lagi sekali dan memang kitorang fikir itu angin sahaja. Masalahnya takkanlah time buka pintu itu tiada angin? Dan langsir pun tak bergerak. Jadi? Apa yang korang fikirkan?
Aku sepanjang malam itu tak tidur dapat dengar bunyi hanger jatuh, bunyi kucing, bunyi orang berjalan dalam dorm. Aku memang tutup mata, tak berani buka. Bayangkan weh, esok ada kawad. Penat gila kot?
Aku mandi jam 5 dan rasmikan buka lampu. Hahaha! Dan esoknya diorang cerita pada budak dorm sebelah, dia kata, "Pukul 4 baru aku tidur. Masalahnya aku tak dengar apa-apa. Yang aku dengar, kau orang buka pintu dan selepas itu tutup dan aku pergi keluar selepas korang tutup pintu itu. aku pergi tandas. Tak dengar apa-apa piun?"
Kau rasa bila dia kata macam tu? So gais, jangan bawa phone pergi asrama dan tidur lambat sebab aku rasa benda itu nak tegur suruh tidur.
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter https://ift.tt/2Hgw1y7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment