Berdasarkan video 44 saat itu, penumpang yang dipercayai menaiki kereta Grab bersama dengan adik lelakinya itu sampai ke destinasi mereka dan kemudian membayar jumlah tambang yang dikenakan sebanyak RM6.00.
Sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, wanita itu terus membuka pintu belakang sebelah kiri tanpa menoleh keadaan jalan di belakang kereta dan dalam masa yang sama datang sebuah kereta Perodua Myvi dari arah belakang yang cuba memotong kereta Grab yang berhenti di tepi jalan itu.
Tidak sempat mengelak, kereta Myvi itu terlanggar pintu itu dengan kuat menyebabkan kerosakkan teruk pada pintu kereta Grab tersebut.
Ketiga-tiga mereka terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika. Namun pemandu Grab dengan tenang dan masih mampu tertawa kecil dengan kejadian yang tidak disangkakan itu.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dia sudah melihat keadaan jalan sebelum membuka pintu kereta.
"Bang, saya dah tengok dah," katanya.
Berdasarkan teks yang ditulis dalam video itu mendakwa, penumpang berkenaan tidak memandang keadaan jalan di belakang sebelum membuka pintu.
"Buka pintu tak tengok belakang. Boleh pulak claim dah tengok belakang!"
Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya. Namun, orang ramai yang selalu menggunakan perkhidmatan awam seperti Grab atau teksi, ataupun kereta persendirian dinasihatkan untuk memerhatikan keadaan jalan raya dan pastikan tiada kereta lalu bersebelahan sebelum membuka pintu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pedoman untuk semua.— MEIN HABIS (@meinmokhtar) April 9, 2018
Driver: jangan berenti belah kanan jalan
Rider: tengok dulu belakang sebelum buka pintu. pic.twitter.com/2O3QpH1aWQ
from The Reporter https://ift.tt/2GLrAza
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment