Jika kita sihat dan tidak mempunyai penyakit, tidak salah untuk memegang dan mencium bayi. Tetapi sebaliknya jika kita mempunyai penyakit ketika itu, lebih baik sekiranya kita tidak perlu mendekati bayi. Nurul memberikan peringatan kepada semua ibu agar tidak membenarkan sesiapa yang tidak sihat menyentuh atau mencium bayi kita. Dia kesal kerana perkara ini telah berlaku ke atas anaknya. Anaknya kini disahkan oleh doktor terkena jangkitan kuman pada lutut dan paru-paru.
TOLONGLAH KEDEKUT DENGAN BABY ANDA!!
(Sekadar peringatan)
Cerita ni berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri. Terpulang samada mahu baca, mahu percaya, mahu ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun. Seperti yang semua sedia maklum, anak nurul yang kedua Ahmad Darwisy atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.
Awisy dilahirkan pada 8/11/17. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah sihat, tiada apa komplikasi kesihatan yang kritikal, cuma Awisy mempunyai G6Pd dan kuning. Dan sakitnya kini tiada kaitan langsung dengan G6PD.
Kisahnya bermula setelah awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning. Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara, malah sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.
Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama, tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah. Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat.
Nurul dah pun pesan terlebih dahulu, sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah disentuh baby tu. Tapi ni bukan setakat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan "alah, ckit je " sambil tertawa sinis.
Maka dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy. Selang tiga empat hari, di usia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.
Awisy pun waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk. Rupanya dia sedang kesakitan ya amat. Kesiannya kamu sayangku. Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya. Aduh!! Memang terkejut besar sebab semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.
Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sihat menyentuh atau menciumnya, dah tentu Nurul kata ada. Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut. Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.
MEMANG SANGAT -SANGAT JAHAT KUMAN INI
Maka Awisy telah diberi antibiotic dan diberikan oksigen selama tiga minggu, barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.
So hati-hatilah semua pada ibu-ibu yang dalam pantang pada hari ni. Kurung anak pun tak mengapa, biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu. Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu, lebih-lebih lagi yang tidak sihat. Kalau boleh tidak perlulah lawat baby!! Please!! Kasihanilah baby itu. Ku ingatkan jangkitan itu hanya di situ dan telah mati kumannya. Tapi, itu hanyalah permulaannya.
Sumber: Danish Awisy
from The Reporter https://ift.tt/2qSvADd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment