Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik tweet yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dipergunakan oleh parti DAP untuk memecah belahkan undi Melayu.
Tweet yang dimuat naik tengah hari tadi mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang turut mempersoalkan motif tweet tersebut.
"Saya perhatikan Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.
"Hakikatnya, mana ada? DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam? Dr Mahathir sendiri cakap DAP Anti-Melayu dan Anti-Islam #CakapTakSerupaBikin," tulis Najib.
Najib di musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilihat banyak memuat naik tweet-weet yang menyerang bekas perdana menteri keempat itu di media sosial dan di majlis bersama rakyat.
from The Reporter https://ift.tt/2FiOPen
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment