Home » , » (Video) Cerita sebenar kanak-kanak diserang dalam bas

(Video) Cerita sebenar kanak-kanak diserang dalam bas

shamsulazlan | 08:18 | 0 comments

Video seorang lelaki menyerang dan memukul kanak-kanak lelaki di dalam sebuah bas di wilayah Sichuan menggemparkan orang ramai, lapor laman berita tempatan. 

Kejadian yang berlaku pada jam 11.36 pagi semalam yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang kebosanan itu cuba mengacah-acah menendang penumpang lelaki terbabit sebanyak tiga kali sambil berpaut pada tiang besi. 

Selepas 'tendangan' ketiga, lelaki itu terus bangkit dan merentap belakang pakaian mangsa dan menghempasnya ke lantai sebelum menyerang dan memijak mangsa di kepala sebanyak tiga kali. 

Sekurang-kurangnya empat atau lapan penumpang dewasa dan seorang penumpang kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu. 

Salah seorang penumpang wanita yang berada berhampiran menghalang lelaki itu dari terus menyerang mangsa yang sudah terkulai laju di atas lantai. 

Mangsa kemudian dilihat cuba bangkit semula namun tidak berdaya dan terbaring di lantai sementara dua lagi penumpang dewasa terus datang dan meminta pemandu bas berhenti. 

Polis yang menerima panggilan dari orang awam terus datang ke lokasi kejadian dan menahan reman lelaki terbabit selama 15 hari untuk siasatan lanjut. 



Menurut laporan, mangsa berusia 7 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolahnya dan menaiki bas itu seorang diri serta tidak mempunyai pertalian darah dengan suspek. 

Meskipun diserang dengan teruk sehingga mengalami calar balar di mukanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman yang serius. 

Video kejadian itu viral di media sosial dan menjadi topik hangat yang diperbualkan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terbahagi kepada tiga pandangan. 

Pertama, netizen kesal dengan tindakan suspek yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak menyerang mangsa. 

Kedua, tada segelintir netizen pula berpandangan kanak-kanak yang menjengkelkan seperti itu patut diajar agar tidak lagi mengulangi perbuatannya. Malah netizen mendakwa cara itu adalah pengajaran yang terbaik buat diri mangsa yang mungkin tidak diajar oleh ibu bapanya. 

"Memang patut dia diserang dan dipukul. Kalau ibu bapanya tidak mengajarnya, masyarakat akan mengajarnya. 

"Saya tidak menyokong tindakan lelaki itu, tetapi saya juga tidak berasa kasihan dengan kanak-kanak berkenaan," kata netizen. 

Ketiga, netizen menyalahkan ibu bapa mangsa yang membiarkan mangsa menggunakan pengangkutan awam seorang diri dan tidak mengajarnya untuk menjaga tingkah laku serta jangan mengganggu orang lain. 




from The Reporter https://ift.tt/2vUfL4F
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger