Home » , » Ditinggalkan kekasih kerana 'burungnya' terlalu kecil lalu dia cuba memotongnya

Ditinggalkan kekasih kerana 'burungnya' terlalu kecil lalu dia cuba memotongnya

shamsulazlan | 00:08 | 0 comments

Gara-gara kecewa ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki muda cuba memotong alat sulitnya sehingga menyebabkan kecederaan dan mengalami pendarahan yang teruk. 

Video dan gambar yang tersebar di media sosial China menunjukkan lelaki terbabit yang hanya memakai baju t-shirt tanpa berseluar dengan darah yang mengalir dari kecederaannya itu dengan tenang berjalan di sekitar kampus di Kolej Guangdong Peizheng di Guangzhou.

Menurut kenyataan dari pihak pengurusan kolej berkenaan, kejadian itu berlaku pada jam 2 petang Selasa. Pelajar terbabit dikatakan cuba mencederakan dirinya di asrama. 

Selepas mengetahui kejadian itu, pihak pengurusan sekolah berkata mereka segera membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Tidak dinyatakan punca sebenar lelaki itu mencederakan dirinya, dan pihak kolej juga tidak menjelaskan kecederaan yang dialami oleh lelaki itu. 



Pihak kolej menasihatkan para pelajarnya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu, namun sehingga kini masih ramai yang bercakap mengenai kejadian tersebut. 

Menurut satu sumber di WeChat, lelaki itu cuba memotong alat sulitnya selepas dia ditinggalkan oleh teman wanitanya hanya kerana 'burungnya' terlalu kecil. 


from The Reporter https://ift.tt/2ILlH1w
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger