Dalam video yang dirakam orang awam turut kedengaran kanak-kanak itu menangis dalam keadaan badannya diikat dan kakinya terjuntai di belakang.
Video itu kemudian tersebar di media sosial dan netizen menyalahkan lelaki terbabit yang sengaja mengundang bahaya terhadap nyawa anak perempuannya.
Pihak polis tempatan juga telah mengesan lelaki terbabit dan memberi amaran kepadanya.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Yunfu, wilayah Guangdong pada 23 April lalu dirakam dengan telefon bimbit orang awam yang ternampak kejadian itu.
Namun lelaki berkenaan menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana anaknya enggan pergi ke sekolah.
Berang dengan kedegilan anaknya, lelaki itu mengambil keputusan untuk mengikatnya di belakang motosikal dan menghantarnya ke sekolah.
from The Reporter https://ift.tt/2vWETIa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment