Perkahwinan bukan satu hubungan yang hanya meletakkan soal cinta semata-mata tetapi perkahwinan merangkumi segala aspek. Selepas lafaz ijab dan kabul diucap, maka terpikul satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang suami kepada isterinya. Hala tuju sesebuah perkahwinan itu dapat dilihat melalui bagaimana cara seorang suami sebagai ketua keluarga memimpin keluarga itu.
Seorang pengguna Twitter memuat naik bebenang mengenai perasaan kesalnya dengan sikap sesetengah orang yang baru sahaja berkahwin dan orang muda yang masih bujang dengan beraninya membicarakan mengenai isu penceraian.
Setelah berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan berpengalaman, segala permasalahan yang berlaku perlu diperbaiki oleh seorang suami. Suami sebagai ketua keluarga adalah contoh kepada seorang isteri dan suami juga adalah cerminan kepada keperibadian seorang isteri.
ORANG baru kahwin dan anak muda belum kahwin sekarang berani berdiskusi pasal cerai. Aku baru few years kahwin, masih takut nak sebut perkataan tu. Kalau boleh tak nak sebut dan tak nak fikir. Hebat betul anak-anak muda sekarang.
Masa mula-mula kahwin, ada juga senyap-senyap pergi jumpa ustaz-ustaz and tanya pasal cerai semua ini. Rata-rata cakap “Awak baru kahwin? Nasihat saya adalah apabila kamu marah, kamu diam. Jangan cakap apa-apa”
Alhamdulillah aku juga sempat jumpa Nouman Ali Khan secara personal. Terserempak di Tesco Damansara. Masa itu baru setahun lebih kahwin. Aku minta dia nasihat. Kau tahu apa dia cakap?
“Your job is your part-time work. Your full time job awaits you at home; there is no holiday leave, no sick leave. This is your full-time work until the day you die.”
Nak tau apa lagi dia cakap?
“Your job is to give them security and make them feel happy and safe, even if it cost you, your happiness”.
“Allah made you the leader for a reason!”
Antara amalan yang aku suka buat masa mula-mula kahwin (dan sekarang, cuma sekarang dah kurang sikit time nak commit) adalah everytime lepas kelas, aku akan jumpa ustaz dan minta nasihat. Aku akan cakap "ustaz, saya ini suami dan bapa kepada anak perempuan. Please advice me"
And SEMUA asatizah aku jumpa akan nasihatkan tentang AKU, bukan "kau kena ajar wife kau buat sekian sekian". Nope, what they told me was "YOU need to be patience. Kalau kamu tak sabar, mustahil isteri kamu boleh jadi penyabar dan sabar atas kekurangan kamu"
"YOU need to learn about Tauhid first. If you don't have this knowledge, you CANNOT teach your wife and daughters about Allah"
"YOU need to perfected your fatihah recitation first. YOU need to teach them, not the ustaz/ustazah"
"KAMU kena berubah dulu."
"KAMU kena mahirkan solat kamu dulu"
"KAMU kena mahirkan kefahaman Quran kamu dulu"
Semua akan kena atas batang hidung aku. Sebab apa?
"Ada sebab kenapa Allah pilih KAMU untuk jadi ketua mereka!"
So bab-bab cerai, gaduh dan sebagainya ni, semua jarang dibincangkan dan diceritakan kat media sosial. Because it's too personal and not the focus.
Ajaib betul anak muda sekarang, belum kahwin tetapi sangat lantang memberi pandangan tentang alam perkahwinan! Aku baru je kahwin, sebenarnya. 5 years (and counting, alhamdulillah!). Bila aku ada masalah, sejujurnya aku akan cari kawan-kawan yang dah 10 tahun kahwin, 12 tahun kahwin, and seek their advice.
Rata-rata akan bagi pandangan yg sama, "KAU tu ketua, KAU yang kena fix this, bukan wife kau" So begitulah, marriage is not easy, but it's awesome. Ada masa penat, ada masa menyampah, ada masa nak mengamuk, tapi setiap masa aku happy dan bahagia. Haha. Harap bini baca tweet ini dan masak sedap-sedap ini malam muahahahaha.
Sumber: Abu Maryam
from The Reporter https://ift.tt/2qXTKgo
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment