Home » , » 'Astro potong RM84.00 rupanya...'

'Astro potong RM84.00 rupanya...'

shamsulazlan | 05:23 | 0 comments

"Saya memohon maaf atas viral saya semalam," demikian kata Sue Samat susulan tular status Facebooknya yang mendakwa wang simpanannya RM84.00 dalam akaun bank 'hilang' secara tiba-tiba. 

Terdahulu, wanita berkenaan menjelaskan dia ada membaca beberapa berita yang mendakwa ada pengguna yang kehilangan wang simpanan mereka dalam akaun bank menyebabkan dia juga turut bimbang perkara yang sama berlaku, lalu mengeluarkan wang simpanannya secara berperingkat. 

"Pertama sekali, saya Sue Samat memohon maaf atas viral saya semalam (yang dimuat naik semasa saya) tengah marah dan disebabkan terpinga-pinga ke mana arah tuju duit saya dipotong. 

"Saya orang tak berada, itu (yang) terkejut. Kemudian terus muat naik status Facebook untuk mengingatkan kawan-kawan sahaja. Saya tak sangka (status itu) viral dan mendapat sambutan sampai (lebih) 12,000 perkongsian. 

"Saya dah meminta penyata dari bank Myabnak dan saya nak memohon maaf kepada pihak Maybank. 


"Sebenarnya ada pemotongan (dibuat) untuk akaun Astro yang saya sendiri pun tidak tahu, sebab saya punya bil 11 Mei 2018 nanti. 

"Selepas ini kalau ada yang nak kondem ke apa, saya tak kisah. Saya cuma berhati-hati sahaja. Selepas ini saya akan pergi selesaikan masalah ini dengan pihak Astro pula. Maaf dari pihak saya," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, namun telah dipadamkan.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2qEsKCO
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger