Home » , » Potong kemaluan suami kerana kerap habiskan masa main golf

Potong kemaluan suami kerana kerap habiskan masa main golf

shamsulazlan | 00:37 | 0 comments

KOREA SELATAN - Seorang wanita dilaporkan telah memotong alat kemaluan suaminya kerana lelaki itu kerap menghabiskan masa dengan bermain golf, lapor Mirror. 

Suspek dikatakan telah menyerang mangsa berusia 50 tahun itu yang sedang tidur dengan pisau dapur sebelum memotong alat kemaluannya. 

Suara mangsa mengerang kesakitan menimbulkan kehairanan jiran berdekatan lalu datang untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui mangsa yang sedang menahan kesakitan di lantai. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dengan segera dan menjalani pembedahan kecemasan. Mangsa kini dlapor berada dalam keadaan stabil. 

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian sebelum mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek.

Menurut media tempatan, polis percaya mangsa telah diserang kerana berlaku curang pada Kim, malangnya tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Akhir bulan lalu, seorang ibu dilaporkan tergamak memotong alat kemaluan anak lelakinya sendiri dengan gunting kerana mahu membalas dendam terhadap bekas suaminya. 

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital di Fuzhou dan menjalani pembedahan segera bagi menyambung semula zakarnya itu. 



from The Reporter http://ift.tt/2wH1XaC
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger