Sejak beberapa hari lalu, tular video sekumpulan lelaki menjerit dan melemparkan maki hamun terhadap anggota-anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak berpuas hati barangan dan peralatan niaga mereka disita.
Kejadian itu berlaku di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). DBKL dipercayai terpaksa mengambil tindakan sita kerana mereka didapati berniaga tanpa kebenaran, sedangkan peniaga lain tiada masalah untuk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Kesian, tapi tula peniaga lain bayar tapak. Apa pendapat korang? pic.twitter.com/9NaTelFgtp
— keem (@AkeemSharyzal) April 2, 2023
Difahamkan, kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku. Saban tahun tibanya bulan Ramadan, golongan pelanggar undang-undang ini akan muncul menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dan apabila dikenakan tindakan, mereka akan melakukan provokasi kononnya pihak berkuasa menindas bangsa Melayu.
Di media sosial, netizen turut mengecam perbuatan kumpulan berkenaan yang secara tidak langsung menganiaya peniaga lain.
Bincangkan. pic.twitter.com/iCpdJoPXnd
— keem (@AkeemSharyzal) April 3, 2023
"Orang lain pun cari makan guna duit bayar tapak dekat situ. Kenapa yang lain tak boleh buat? Kenapa mesti nak kena ambil jalan mudah?" kata Ijat.
"Memang layak pun kena rampas. Tak adil la kepada peniaga yang dah bayar tapak. Pastu kadang-kadang jualan tak balik modal pun berbanding orang yang berniaga secara haram ini, boleh jadi dapat untung berlipat kali ganda," kata Lokoman.
"Ada juga rasa kasihan, tetapi sebagai manusia perlulah berlaku adil. Tatkala peniaga lain membayar tapak niaga dan cabut undi tempat niaga, peniaga rambo ini berniaga secara haram. Kesimpulannya, tanggunglah sendiri akibatnya," kata Naser.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/XL75qwj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment