Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita dibelasah rakannya sehingga mengalami kecederaan teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut mangsa, itu bukan pertama kali dia diperlakukan oleh suspek yang mengambil kesempatan di atas kebaikannya selama ini.
KRONOLOGI:
"Saya kenal lelaki ini sudah setahun sejak 2022. Masa tu saya mesej dia untuk bertanya tentang scuba course sebab dia adalah salah seorang instructor scuba di pusat akuatik Shah Alam.
"Masa tu bulan puasa, dia ajak minum di Starbuck USJ Taipan dan kita berborak tentang scuba. Tetapi dia dah nampak pelik. Dia jenis introvert dan apabila berada di depan perempuan dia akan jadi pemalu dan tanpa disedari dia sebenarnya adalah pendera wanita.
"Selepas raya, kami mula bermesej sebab saya nak bertanya tentang hal-hal scuba. Dalam masa sama, saya adalah janda dan dia ajaklah jumpa dan minum-minum. Masa itu kami hanya sekadar kawan, tidak ada menaruh sebarang perasaan. Cuma dia kelihatan agak mengambil berat tentang saya.
MULA CUCUK JARUM
"Lepas tu dia panggil pergi swimming pool untuk hadiri latihan scuba apa semua. Masa tu dia dah mula mengorat saya. Katanya dia sedang mencari wanita untuk dijadikan sebagai isteri, malah dia ada meminta tolong ibunya untuk mencari calon isteri.
"Bila tengok dia banyak mengambil berat tentang saya, hati saya pun lembut. Dari situ dia masuk 'jarum'. Katanya dia pernah berkahwin dua kali. Isteri pertamanya meninggal dunia dan hasil dari perkahwinan lalu dia mempunyai beberapa anak. Sebelum itu, dia juga baru sahaja bercerai dengan isteri kedua.
"Saya mula menyiasat latar belakang lelaki ini daripada orang ramai. Rupa-rupanya dia pernah berkahwin sebanyak enam kali dan semua bekas-bekas isterinya masih hidup. Selain itu, dia gemar memukul isteri dan anak-anaknya. Di bulan puasa pula, dia tidak berpuasa dengan alasan sudah tua dan tidak larat.
"Maklumat ini dimaklumkan oleh anak dan bekas-bekas isterinya. Tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada 15 orang anaknya turut diabaikan.
"Dia juga mempunyai banyak rekod kesalahan lampau yang membabitkan kes pukul orang termasuk isterinya yang kemudian ditahan polis. Namun dia tidak kekal lama di lokap apabila dia diikat jamin oleh dua beradiknya yang datang dari keluarga berpengaruh.
MANGSA DIBELASAH SELEPAS SEBULAN BERKENALAN
"Habis latihan scuba, lesen saya tidak dikeluarkan walaupun saya dah buat pembayaran penuh. Pernah viralkan tentang penipuannya di group scuba, tetapi netizen kata saya takkan menang kerana lelaki itu adalah instructor dan boleh saja mengatakan saya student yang bermasalah. Akhirnya saya terpaksa padam posting tersebut dan mengharamkan setiap sen yang diambilnya.
"Masa tu kami dah rapat, siap merancang untuk bernikah. Semasa bulan pertama kami berkenalan, dia dah terges-gesa ajak bernikah. Tetapi saya menolak dengan alasan masih belum bersedia.
"Pada bulan pertama itu juga saya telah dibelasah. Namun kejadian itu tak pernah viralkan di media sosial. Dia cuba memujuk saya semula dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya. Akhirnya, saya tarik balik laporan polis yang telah dibuat.
"Tetapi sia-sia sahaja, kerana dia masih lagi mengulangi perbuatan yang sama. Boleh dikatakan setiap bulan saya dipukul dan selepas kejadian itu, dia akan memujuk saya dan menjanjikan segala bulan dan bintang. Sehinggalah dalam kes terbaru ini dia tergamak memijak kepala saya dan ini sudah sangat melampau dan tidak boleh diterima.
"Saya dah tak tahan, setiap bulan saya dipukul tetapi saya tak beritahu sesiapa, apatah lagi membuat laporan polis. Bukti video CCTV dia dera saya, semuanya ada tetapi saya tak viralkan. Cuma kejadian terbaru ni yang membuatkan saya tawar hati. Dia kaki perempuan, bergaul dengan ramai perempuan. Dan saya pula hanyalah perempuan simpanan dia sahaja atau hanya sekadar kawan.
APA HUBUNGAN KAMU BERDUA? - POLIS
"Polis ada bertanya apa hubungan kami? Saya jelaskan kami ada perancangan nak bernikah tetapi disebabkan insiden itu kami tidak meneruskannya. Walaupun begitu, kami masih berhubung, keluar melepak bersama, selalu menemani dia pergi ke mana-mana dan dia pun selalu temankan saya.
"Jadi, hubungan kami seperti kawan. Dalam laporan polis pun saya tulis kami hanya sekadar kawan, tidak lebih dari itu. Dia sendiri juga ada mengatakan dia mahu mencari wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri.
"Berbalik pada kes saya dibelasah teruk itu, untuk makluman rumah saya berdekatan dengan tempat kerja lelaki itu. Selalunya dia akan buat cerita sedih yang dia sudah berumur 50 tahun, dia penat dan boleh tak dia nak datang berehat di rumah.
"Abang cuma nak datang tumpang rehat je, tengok tv. Boleh tak?"
"Saya jenis yang lembut hati dan izinkan dia datang ke rumah untuk berehat. Dia datang tetapi masa itu moodnya tidak begitu baik. Saya cuba bertanya apa masalahnya dan menawarkan diri untuk membantunya. Mungkin dia nak makan ke, kalau dia nak makan saya masakan, sebab dia ni tak berpuasa.
SEJAM BERGELUT SAMPAI JIRAN TELEFON POLIS
"Tetapi dia marah pada saya yang hanya kerana cuba mengambil berat terhadapnya. Dia kata saya bising dan jangan banyak bertanya. Dari situ, dia mula memarahi saya, mengamuk sampai kami bergelut, saya disepak, rambut saya ditarik, saya dipukul, dipijak, diterajang. Saya melawan semula tetapi apakan daya kudrat seorang wanita tidak memberikan kesan kepadanya.
"Punca kejadian hanya disebabkan saya bertanya apa masalah dia dan saya hanya cuma mahu membantu dia.
"Dekat satu jam juga kami bergelut. Jiran tingkat atas dan bawah pun terdengar dan menjerit serta menghubungi polis. Tidak beberapa lama kemudian, polis pun datang. Saya buat laporan polis di IPD Shah Alam sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Selepas kejadian itu, dia ada mesej saya untuk ajak berjumpa untuk berbincang mengenai apa yang telah berlaku. Dalam masa sama, dia menyalahkan saya yang dikatakan membebel sehingga menyebabkan dia marah dan memukul saya.
"Awak yang salah, awak yang buat abang pukul awak. Abang sayangkan awak"
"Saya dengan dia tiada apa-apa hubungan. Kami cuma kawan dan dia mengambil kesempatan terhadap saya sebab tempat kerjanya dekat dengan rumah saya.
"Dia cakap masa kejadian itu berlaku, saya provok dia dan akhirnya saya yang dibelasah sampai jadi kes polis.
Pengadu berharap polis segera menyiasat kes itu dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan daripada terus mencari wanita lain untuk dijadikan sebagai mangsanya.
Sumber: Pengadu
from The Reporter https://ift.tt/GPMRmcI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment