Home » , » 'Saya insaf & kesal' - Bapa rogol anak, rayu mahkamah ringankan hukuman kerana perlu tanggung isteri selain ada penyakit kronik

'Saya insaf & kesal' - Bapa rogol anak, rayu mahkamah ringankan hukuman kerana perlu tanggung isteri selain ada penyakit kronik

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments



Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan terhadap seorang mekanik yang didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal melampau terhadap anak perempuannya. 


Tertuduh berusia 47 tahun itu terdahulu mengaku bersalah di atas dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin. 


Menurut pertuduhan pertama, bapa kepada empat anak itu didakwa merogol mangsa yang berusia 11 tahun pada tahun kejadian, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Tertuduh melakukan perbuatan keji itu pada jam 12.01 tengah malam di dalam bilik tidur sebuah rumah di Jempol natara 20 hingga 31 Disember 2017. 


Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama yang ketika itu berusia 12 tahun. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(3) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah dan dibaca bersama Seksyen 16 (a) akta sama. 


Perbuatan keji itu dilakukan tertuduh di lokasi sama kira-kira jam 12.01 tengah malam dari 11 hingga 20 April 2018. 


Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana isterinya bekerja sebagai suri rumah dan dia perlu menanggung empat anaknya yang masih bersekolah. 


"Saya mengaku melakukan kesalahan ini dan benar-benar insaf dengan perbuatan saya yang keji itu. Saya benar-benar menyesal Yang Arif. 


"Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan kerana ada kencing manis, darah tinggi dan asma," katanya. 


Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memohon mahkamah menjatuhan hukuman setimpal kerana tertuduh sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan terhadapnya. 


Mahkamah menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama. Manakala bagi pertuduhan kedua hukuman penjara lapan tahun dengan satu sebatan serta tambahan dua tahun penjara dengan dua sebatan. 


Hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak dari tarkh tertuduh ditahan pada 3 April lalu. 


Mengikut fakta kes, mangsa sebelum itu pernah memberitahu ibunya mengenai perbuatan lelak itu selepas berasa sakit di bahagian kemaluannya. Malangnya, ibunya tidak percaya. 


Tahun 2023, mangsa yang sudah berusia 17 tahun tampil mendedahkan perkara itu kepada rakannya yang membawanya kepada guru sekolah sebelum mereka tampil membuat laporan polis menyebabkan tertuduh ditahan polis untuk siasatan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/zBeTF8w
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger