Mayat seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun ke atas ditmeui di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di dalam kiosk perhentian bas terbiar, Kulai, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan mengenai penemuan mayat di perhentian bas Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) berdekatan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada jam 1.50 petang Rabu, 12 April 2023.
Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati, mayat mangsa sudah mereput lebih 50 peratus dan berulat, serta dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih dua minggu.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. Keputusan bedah siasat menunjukkan, terdapat kesan kecederaan di bahagian bawah kulit kepalanya.
"Kita masih menunggu siasatan makmal dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Sivachandran di talian 016-2850204 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/gPz3QTN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment