12 April lalu, seorang wanita memuat naik gambar resit yang diterima daripada sebuah bengkel kereta di mana dia dikenakan caj sebanyak RM4,700.
Menurut pengadu, dia agak terkejut dengan jumlah yang dikenakan. Sedangkan dia hanya meminta pihak bengkel membaiki masalah brek keretanya (Honda City) yang tidak begitu mencengkam.
"Saya ada hantar kereta ke bengkel. Tujuan saya hantar tu sebab brek 'tak makan' saja. Selepas itu, dia test kereta saya, dia kata pam brek okay.
"Saya kata tukar. Selepas tu dia buka, dia kata macam-macam la rosak. Total-total semua RM4,700.
"Nak tanya abang-abang pomen dalam group ni, betul ke harga barang-barang tu sampai macam tu sekali? Maklumlah perempuan yang hantar kereta ke bengkel. Orang perempuan tak berapa athu bab-bab kereta ni," katanya.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang mendakwa pengadu telah ditipu dan menggesanya membuat laporan polis dan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk tindakan lanjut.
Tidak kurang juga yang mengatakan pomen perlu pulangkan balik semua wang pengadu yang dianggap cerewet.
"Selalunya pomen akan inform dulu kat customer barang apa yang rosak dan beri harga kasar. Kalau customer setuju, baru pomen akan tukar barang-barang yang rosak. Lagi satu, pomen akan tunjukkan barang apa yang dia nak tukar," kata Abdul.
"Customer nak repair brek je, habis dikokaknya benda lain. Beritahu owner dulu kalau ada benda rosak. Kalau owner tak nak, jangan pandai-pandai repair. Kalau owner berduit tak apa, kalau owner tak ada duit, memang kiri kanan naya," kata Lee.
"Kalau aku dapat customer macam ni, aku panggil dia datang balik dan pulangkan semula duit, buka part yang ditukarkan, pasang balik yang lama. Suruh dia pergi cari pomen atau bengkel lain yang boleh buat apa yang dia nak.
"Soal pomen tipu atau owner tak betul cerita, itu hal kedua Pulangkan wang, pasang part lama selesai masalah. Kalau posting kat group untuk kepuasan hati dan lain-lain hal, takkan selesai masalah.
"Pomen pun satu hal, tak berani pulangkan wang cusomer. Owner kereta pun sama, lagak macam banyak wang dan nak kereta terbaik kena RM3-4K melalak kat group," kata Amie Mie.
Sumber: Facebook
from The Reporter https://ift.tt/z4eTc3o
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment