Beberapa hari lalu tular di media sosial video seorang wanita berpaut di hadapan sebuah kenderaan yang bergerak di persimpangan lampu isyarat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Persoalan netizen kini terjawab apabila polis memaklumkan wanita itu sebenarnya cuba menghalang suaminya keluar berikutan lelaki itu tidak sihat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, Jalan Pantai Port Dickson yang membabitkan pasangan suami isteri warga Indonesia.
Siasatan mendapati, wanita berusia 32 tahun itu bertindak menghalang suaminya berusia 58 tahun daripada keluar rumah biarpun telah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.
"Suami isteri ini adalah warga Indonesia tampil ke balai polis Port Dickson (semalam) untuk memberi penjelasan sebenar kejadian berlaku selepas mengetahui ia tular di media sosial.
"Pasangan itu memberitahu sebelum kejadian mereka sudah bertengkar di rumah kerana si suami hendak pergi ke rumah anak mereka di Teluk Kemang.
"Namun, wanita itu menghalang suaminya keluar memandu kerana bimbangkan keadaan kesihatan suaminya yang selalu terjejas.
Rupanya suami isteri indon . Kalau orang Malaysia dia tak buat macam ni, orang Malaysia behave. pic.twitter.com/v8YONTibY0
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 26, 2023
"Sebelum ini, lelaki itu baru saja mendapat rawatan di Hospital Port Dickson akibat pelbagai penyakit. Lelaki itu tetap tidak menghiraukan isterinya dan terus keluar dari rumah dengan memandu kereta jenis Proton Wira miliknya.
"Tanpa disangka, isterinya kemudian membonceng motosikal ditunggang jirannya dan akhirnya dapat mengesan suaminya di persimpangan lampu isyarat berkenaan dan menghalang kereta suaminya untuk meneruskan perjalanan," katanya.
Pasangan suami isteri berkenaan memohon maaf di atas perbuatan mereka dan mengaku ia boleh mengundang kemudaratan pada diri dan orang awam lain.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/ncUOIeu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment